25 March, 2009

TABAH BERUSAHA

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan

Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak ke mana

Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
(Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella)




(kerana) hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti
usah kau menangisi hari kemarin

19 March, 2009

Ke mana selepas SPM?


STPM, matrikulasi dan foundation adalah langkah pertama untuk menjejak kaki ke menara gading.

Ada juga yang akan membuat diploma dan jika mendapat kelulusan baik boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah.

Biasanya IPTA dan IPTS ada menawarkan pengajian diploma dalam pelbagai bidang.

Bagi mereka yang tidak mempunyai syarat-syarat untuk membuat diploma bolehlah mengikuti kursus diperingkat sijil.

Berikut adalah contoh institusi-institusi yang menawarkan program peringkat sijil:
Bagi mereka yang hendak terus ke pasaran pekerjaan bolehlah mendaftar dengan mana-mana ajensi pekerjaan. Membaca ruangan iklan akhbar-akhbar tempatan. Bertanya atau melalui jaringan kawan-kawan, saudara mara, persatuan, masjid dan lain-lain. Portal SPA ialah satu tempat di mana kita boleh mendaftar secara online untuk memohon pekerjaan dengan kerajaan.

Dalam menjalani kehidupan ini tidak semua yang kita impikan boleh tercapai dengan mudah. Halangan dan rintangan adalah sesuatu yang kita akan lalui. Cabaran adalah cara Allah menduga kesabaran dan keimanan kita. Allah menduga kamu setahap mana yg termampu oleh mu, insyaAllah... Laluilah segala cabaran tersebut dengan redha, sabar dan penuh keimanan.

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita



16 March, 2009



Cikgu Tujukan Lagu Ini Kepada Semua Pelajar dan Bekas Pelajar SMKSI

SMKSI ~GEMURUH~

Ungkapan ini (SMKSI ~GEMURUH~) bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa




14 March, 2009

HARI PENGUMUMAN SPM 2008

Saya dan Edwin Loh Ern Wei 12A+1B
Afiqah Aiza dan Siti Nurhashimah ceria dengan keputusan yang diperolehi.Kaunter pengambilan keputusan peperiksaan
Gambar kenangan bersama Athirah Nur
Athirah Nur Ahmad Roslee (PRS) gembira dengan pencapaian 10A+2B.
Pn. Hjh. Basinah meluangkan masa menemui ibubapa dan bekas pelajar yang mengambil keputusan pada hari tersebut.
Lama tak jumpa... banyak gossip nak dikongsi.

Kemaskini, 16.3.2008 3:23 ptg
Sila klik di sini untuk 10 calon terbaik SPM 2008

10 March, 2009

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PELAJAR 23 Feb 2009


Pasukan Kadet Koreksional berbaris menanti ketibaan VIP


Barisan VIP yang hadir


Dua orang puteri SMKSi membantu AJK Hadiah & Sijil


Sebahagian daripada tenaga pengajar SMKSI


Pn. Hjh. Basinah Pengetua SMKSI sedang menyampaikan ucapan.


Tuan Alzafry Mohamed Alnassif, Pengarah Penjara Kajang merasmikan majlis.

Sebahagian pemimpin-pemimpin sekolah yang akan menerima watikah perlantikan.


Ikrar perlu dsusuli dengan amalan murni

SUKAN TAHUNAN KELAPAN PADA 17.2.2009

Bertempat di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi


Ucapan aluan oleh Pn. Hjh Basinah Hj Taib Pengetua SMKSI


Ucapan perasmian oleh wakil Peg Belia & Sukan Hulu Langat


Nampak segak dan kacak bila beruniform walaupun duduk bersila.


Besarnya hamper. Boleh buka kedai bergerak ni :)



Juara rumah sukan 2009 betul-betul incredible








Hai Yam, mana t shirt sukan ni...


Peserta acara RIMUP (4 x 100m) antara sekolah.


Cikgu Surendran S/U Sukan handsome walaupun berpanas di tengah padang


Acara guru

Betapa berat mata memandang berat lagi badan menarik..

Piala Pusingan jangan lupa pulangkan sebelum balik...

Olahragawati sedang menerima hadiah kejuaraannya.

Olahragawan & Olahragawati 2009

09 March, 2009

MENGHADIRI KAJIAN KEPERLUAN KAUNSELOR-KAUNSELOR DI BAWAH KPM PADA 19.2.2009



Dr. Siti Taniza Toha sedang menyampaikan ceramah



Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna
Aras 9, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

TEMUDUGA PRS SESI PETANG 5 FEB 2009


Sesi temuduga sedang berlangsung.

Calon-calon PRS sedang menunggu giliran untuk ditemuduga.


Pemilihan dilakukan daripada pelbagai sudut dan melibatkan semua
bangsa. Hal ini untuk merealisasikan RIMUP di kalangan PRS.

Barisan calon-calon PRS yang sabar menunggu giliran sesi temuduga.


Mohamed Hazimi Asyraf Mohamed Azmi 1KAA1 (kiri),
PRS SMKSI telah mendapat tawaran belajar di SMAP.

07 March, 2009

"Taiwan Scholarship" untuk perhatian bekas pelajar SMKSi


APPLICATIONS
are open for the Taiwan Scholarship Programme 2009, which will allow nine Malaysians to pursue tertiary studies in Taiwan, starting this September.

Untuk maklumat lanjut baca di sini...

*anak-anak SMKSi tolong panjangkan berita ini kepada senior-senior dan super senior anda.