30 May, 2009

HARI KELUARGA & LATIHAN DALAM PASUKAN

Aktiviti ini telah diadakan pada 16 Mei 2009/Sabtu,
di Taman Rimba Ria, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Senam robik

Pertandingan mencari gula-gula

Pertandingan meniup & memecahkan belon
Pertandingan berkumpulan meleret bola dengan
menggunakan gelung rotan






Para peserta sedang membentuk mumia


Acara isi air ke dalam botol berkumpulan
Lari dalam guni berkumpulan

Membawa belon pasangan bahagia

Pertandingan menganyam ketupat

29 May, 2009

TUGAS IBU

Penat dengan rutin yang sama, sudahlah di sekolah asyik dengan pen dan buku, balik rumah sibuk dengan penyapu pula. Sekali sekala dapat bermain dengan tepung ini layan juga.

Buat sekali banyak karipap ni perasan macam boleh bukak kedai pulak. hehe.

Ada gaya chef hotel Hilton tak ? :)

Kalau diikutkan banyak ini sekali goreng je.

Gambar ini semua kerja anak sulung saya, saya sendiri habis disuruh senyum.

Karipap siap! macam biasa 3 seringgit :)

28 May, 2009

MESYUARAT KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

Mesyuarat pertama telah diadakan di PPDHL pada Isnin / 23 Mac 2009.

Taklimat En. Abdul Aziz Isa Pegawai HEM PPDHL.

Kaunselor-kaunselor Daerah Hulu Langat selaku AJK Pelaksana Karnival

Barisan AJK GKSM PPDHL dan wakil KUIS yang merupakan
penganjur Karnival Kerjaya Daerah

Taklimat daripada wakil KUIS

27 May, 2009

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN & KEBERSIHAN BERSAMA REXONA

Program telah diadakan pada hari Isnin , 4 Mei 2009 jam 4.30 hingga 5.30 petang. Majlis telah diadakan di dewan sekolah. Sasarannya ialah semua murid tingkatan 1 - tingkatan 2. Murid diminta duduk tanpa kerusi bagi membolehkan semua murid berpeluang untuk menyertai program di keluasan dewan yang menyamai keluasan tiga bilik darjah. Melentur buluh biar dari rebung, yang berfokus kepada penjagaan kesihatan dan keceriaan diri.*

Nota: klik pada tulisan warna biru*


17 May, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK KALI KE 8

Majlis telah diadakan pada hari Sabtu, 18 April 2009 di SMKSI. Jam 7.30 - 12.30 tengah hari. Semua aktiviti telah berjalan seperti yang dirancang. Majlis lebih berseri lagi dengan kehadiran Prof. Dr. Azali Mohamed, selaku Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni UPM yang telah merasmikan majlis.

Kemuncak majlis ialah penghargaan anugerah khas. Penerima Tokoh Akademik ialah
Edwin Loh Ern Wei [ 11 (1A), 1(2A), 1 (3B) ]. Sementara Afiq Aizat Ramlee, [ 5 (1A), 5 (2A) ] terpilih sebagai Tokoh Saujana. Tahniah! Semoga pada tahun akan datang lebih banyak lagi tokoh-tokoh yang akan diketengahkan.