22 June, 2009

Cuti Sekolah Minggu Kedua

Sambutan hari jadi saya yang kedua telah diadakan di Restoren Tasek Raban*, Ipoh Perak. Cadangan ini telah dibuat oleh suami. Day trip to Ipoh, naik train. Tiket telah dipesan sebelum cuti persekolahan lagi sebab cuti sekolah selalunya permintaan tinggi.

11 Jun baru boleh sebab pada 10 Jun anak bongsu baru habis final exam di kolejnya. Jadi petang itu juga dia kena balik. Maaflah, belum sempat nak rehatkan diri selepas exam, terpaksa pula ikut trip ke Ipoh. sebelum jam 7 pagi kami perlu bertolak ke KL Central.* Jam 9 pagi train* akan bertolak ke Ipoh.Kami breakfast di KL Central dan makan tengah hari pula di Restoren Tasek Raban. Biasanya bukan mudah untuk kami dapat bercuti bersama sebab anak-anak terikat dengan jadual IPT masing-masing.Biasanya anak-anak memang ada appoinment cuti yang ditaja oleh universiti masing-masing, juga rancangan sendiri. Namun di akhir cuti persekolahan, baru dapat bercuti bersama-sama.

Syukurlah dapat juga kami menjamu selera di restoren yang telah di google di internet. Not bad juga, masakan ala kampung, ikan segar sungai. Terima kasih kepada suami dan anak-anak. Lain kali jangan bersusah -payah. Memadailah kita berkumpul di rumah sahaja.

Sepanjang perjalanan antara KL dan Ipoh, saya dapati bayaran tambang bas di KL lebih rendah daripada di Ipoh. Suasana bas Kajang ke KL pula lebih selesa daripada bas di Ipoh. Walaubagaimanapun terima kasih kepada pemandu bas yang memberi layanan baik kepada kami sekeluarga.

Nota: anak-anak klik perkataan bertanda *


21 June, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Pada pagi Ahad tu, macam biasalah sediakan breakfast. Lihat dulu apa bahan mentah yang ada di dapur untuk dijadikan breakfast. Selalunya roti gardenia dan roti nan tu boleh dikatakan sentiasa ada. Teringat hari tu, Hari Bapa,* elok juga sediakan apa-apa juadah berdasarkan stok yang ada. Bagi suami pula kebanyakan makanan semuanya dia tidak boleh makan sebab ada gout. Kini suami perlu disiplinkan diri untuk makan supaya gout tidak berbalik. Walaubagaimanapun, harap suami makan berpada-padalah. Biasanya kalau masak mi, spageti @ nasi goreng, kena buat dalam dua versi. Satu yang sesuai untuk orang gout dan yang satu lagi yang boleh dimakan oleh saya dan anak-anak.

Namun pada hari tersebut terpaksa menanti anak-anak balik dulu. Kak long di Kampung Baru, baru selesai Program Anak Angkat di Jerlun. Angah pula ada urusan dengan kawan-kawan di UITM Shah Alam. Yang ada di rumah cuma anak bongsu sebab cuti semester. Jadi kenalah celebrate lewat sedikit.

Kebetulan ada jagung dan buah cempedak dalam peti sejuk.
Saya buat keputusan untuk masak kek belang, rebus jagung dan goreng cempedak. Sebenarnya tiada perancangan pun. Hanya biasanya bila ada kelapangan masa tu buat je. Jadi itulah seadanya makanan yang disediakan untuk hidangan hari bapa. Alhamdulillah.

Nota: anak-anak klik perkataan bertanda *


Sempena Hari Bapa*, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa di Malaysia. Semoga dapat menjadi role model yang terbaik kepada keluarga dan anak-anak. Dapat mewujudkan suasana kekeluargaan yang diberkati dan diredhai dunia akhirat.

Kepada suami tersayang, you are my best companian.
Terima kasih untuk segalanya.

10 June, 2009

NOTA PENDEK : Cuti Sekolah Minggu Pertama

Pembuka tirai cuti sekolah dimulai dengan Program Julang PMR & SPM.

Pada hari Ahad 31 Mei , jam 12.35 tengah hari, selesai program di sekolah, saya bergegas pulang ke rumah untuk menghadiri dua majlis perkahwinan. Saya ditemani oleh anak bujang kerana suami kena gout.

Esoknya 1 Jun saya pergi jumpa doktor kerana tidak sihat.

Selasa 2 Jun ke sekolah atas tugas & tanggungjawab.

Pada hari Rabu 3 Jun saya ke Maxis Center, Cheras untuk port out daripada Celcom ke Maxis. Dah lama dah nak buat tapi macam biasalah ada je perkara lain yang kena didulukan. Kadar Maxis youth club* nyaman sikit... at 12 sen seminit intra telco. Kira murah banyaklah tu.

Pada Khamis 4 Jun, saya sekeluarga dikejutkan dengan pemergian bapa saudara yang disayangi, Haji Adnan Haji Asmawi . Sebelum ini memang terbayang di wajah beliau yang semakin hari semakin uzur. Namun setiap kali berkunjung ke rumahnya, beliau kelihatan tenang. Di saat-saat akhir, kami elakkan untuk berkomunikasi dengan beliau, supaya dia dapat banyak rehat. Walaubagaimanapun sempat juga dua kali anak sulung saya menemani datuknya membuat kemoterapi* di HKL. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di HKL. Berikutnya tiga malam berturut-turut telah diadakan tahlil arwah di rumah Allahyarham di Sungai Kantan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah. Amin.

Pada hari Jumaat 5 Jun, Jam 8.15 pagi saya membawa suami ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan.

Pada hari Sabtu 6 Jun, ke hospital Kajang , mengambil ubat untuk diri sendiri di bahagian farmasi.

Pada Ahad 7 Jun, berlaku satu suprise. Anak-anak buat sambutan ulang tahun saya. Siap ada kek birthday pulak tu! Anak-anak beli kek tersebut di Secret Recipe.* Rupa-rupanya mereka tiga beradik telah merancang buat kejutan tersebut. Surprise sebenarnya ialah kepulangan anak bongsu saya dari KMS semata-mata untuk meraikan hari jadi saya. Dia telah memaklumkan kepada saya yang dia tidak balik ke rumah kerana examination week. Kali terakhir dia pulang ialah pada hari pemergian datuknya. Begitulah ragam anak-anak. Lain kali tak perlu surprise surprise. Hadiah yang tak ternilai bagi emak; "Jadilah seorang anak yang berguna kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara." Amin.

Nota: anak-anak klik perkataan bertanda *

Spageti goreng dan bingka tepung yang saya sediakan untuk sarapan pagi
Close-up spagetti goreng
Kek harijadi yang dibeli oleh anak-anak

Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me,
happy birthday to meeeee.

09 June, 2009

PROGRAM MENTOR MENTEE TINGKATAN 1 & TINGKATAN 2

Pelancaran program telah diadakan pada 4 Mei 2009. Sasaran melibatkan secara keseluruhan murid dan guru. Berbeza daripada tahun lalu, sasaran program hanya melibatkan murid murid KRK & KAA sahaja. Tahun ini semua murid diberi peluang yang sama. Nampaknya tidak seorang pun murid yang dipinggirkan. Mudah-mudahan semua murid mendapat manfaat bagi peningkatan prestasi masing-masing. Objektif utama adalah seperti berikut:

  • membantu dan membimbing -murid mengesan potensi dan menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
  • memantau perkembangan pelajaran mentee dari semasa ke semasa agar mencapai sasaran yang ditetapkan.
  • mewujudkan perhubungan yang mesra antara mentor & mentee, seterusnya memudahkan mentor membantu menyelesaikan masalah mentee khususnya yang berkaitan dengan pelajaran


Peringatan kepada murid-murid:


Cikgu harap semua akan melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan program ini. Apa yang para guru anda semua lakukan tidak harus dipersia-siakan. Mereka secara sukarela meluangkan masa dan tenaga membimbing anda supaya menjadi murid yang cemerlang. Hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti. Harus diingat, kita akan tuai apa yang kita tanam.