31 March, 2011

PROGRAM PRESTASI CEMERLANG TINGKATAN 1 & TINGKATAN 2, KRK & KAA

Program ini diadakan pada 3 dan 4 Mac 2011. Tujuannya untuk muhasabah diri terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun 2010. Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar KRK & KAA yang telah mencipta rekod yang cemerlang dalam UPSR, sebenarnya berkemampuan untuk mengekalkan kecemerlangan mereka secara berterusan sehinggalah tiba masa PMR kelak. Namun untuk skor A dalam setiap subjek, kumpulan sasaran perlu mengekalkan budaya menimba ilmu secara sihat di sekolah, berdisiplin dan istiqamah.

Berikut adalah amalan-amalan yang patut anda lakukan supaya prestasi akademik sentiasa meningkat.
  • Catatkan rekod pencapaian anda setiap kali selepas peperiksaan
  • Muhasabah diri terhadap markah yang gagal / rendah pencapaiannya.
  • Cari langkah untuk mengatasi kelemahan diri bagi subjek yang rendah pencapaiannya.
  • Sentiasa membuat target markah yang dingini dalam peperiksaan yang akan datang.
  • Seterusnya disiplinkan diri dengan meningkatkan usaha secara berterusan. (Panduan Jadual Belajar di Rumah)
  • Tumpukan perhatian semasa guru mengajar di kelas.
  • Sentiasa ada rutin membuat homework & mengulangkaji di rumah. (Beli bahan rujukan tambahan yang bersesuaian)
  • Latih tubi soalan-soalan mengikut tajuk -tajuk yang telah diajar oleh guru. (Layan diri)
  • Biasakan diri menjawab soalan-soalan seperti dalam peperiksaan yang sebenarnya. (Adakan koleksi koleksi peribadi yang boleh didapati di pasaran.)
Semua aktiviti-aktiviti di atas pasti menambahkan keyakinan anda bila setiap kali menduduki peperiksaan. Kemudian, lihatlah hasilnya. Buat renungan. Ulang balik proses persediaan sebelum peperiksaan di atas. Sudah pasti semakin hari semakin menyerlah prestasi anda.

Contoh:
Anjakan Markah Subjek BM
TAHUN Mac Mei Ogos Oktober
2011 45 (+5) 50(+7) 57(+5) 62
2012 62 (+5) 67(+5) 72(+5) 77
2013 77(+5) 82(+7) 89(+6) 95

Pada 2013 BM 'A' dalam tangan cemerlang. Begitulah dengan subjek-subjek yang lain.
Kebiasaannya prestasi akan menaik walaupun tidak sampai gred A.
Kesimpulannya aktiviti & kreativiti penting untuk peningkatan prestasi seseorang pelajar.
Beri tumpuan sepenuhnya kepada setiap kerja yang anda lakukan.
USAHA --> KEJAYAAN



















20 March, 2011

08 March, 2011

UNFINISHED BUSINESS

Homework cikgu yang tak pernah selesai. Siap satu, datang lagi satu... Jadi dah banyaklah koleksi-koleksi yang terhasil. Kini setiap satu, cuma ada dua salinan sahaja. Mesra bajetlah katakan.


07 March, 2011

HADIAH MAKCIK ZURA & MAKCIK AINA BUAT YUSRI

Yummy...Yummy... Sedapnya! Terima kasih Zura & Aina. Seisi keluargapun jenuh nak menghabiskannya. Boleh catat dalam rekod......Coklat yang paling lama tempuh nak menghabiskannya. Moga bertambah-tambahlah rezeki kelian.




06 March, 2011

MENGHANTAR YUSRI KE KLIA UNTUK BERLEPAS KE SYDNEY


Selamat menuntut ilmu. Pandai-pandai menjaga diri di perantauan.
Ingat pesanan mak selalu.






















01 March, 2011

MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA ANAK MENYAMBUNG SEKOLAH KE AUSTRALIA


Bergambar bersama keluarga

En Ahmad Budaya selaku pengerusi majlis

Anak-anak buah mengaminkan doa

Emak saudara , Hjh Normah Hj Yunus

Bapa saudara, Hj Kamal Bahrin Ibrahim

Silakan.....Cikgu Salim

Imam masjid Kajang (kiri) yang membacakan doa dalam majlis


Sepupu, tak ambil lauk pun

Haris & Zakuan, kawan Yusri

Suami mengalu-alukan kehadiran kawan-kawan Yusri

Mak saudara Yusri

Jemputlah menjamu selera

Sanak - saudara yang turut hadir

Kawan-kawan Yusri, ketika di SMKJE

Ikram (tengah) pelajar perubatan berkesempatan hadir
lantaran pergolakan di Mesir.

Abang sulung

Yusri melayani semua tetamu yang hadir

Anak buah

Jangan malu...silakan

Sup tulang

Kawan -kawan Yusri

Kawan Yusri di Saujana Impian

Sanak saudara

En Murad, jiran

Adik ipar, Cikgu Rohani

Famili En Ahmad Budaya

En Ahmad Budaya & En Nawi, jiran

Waktu makan

Bapa saudara & ibu saudara Yus

Sudikan...

Cikgu Esah & Cikgu Hanifah, jiran

Anak-anak ex SMKSI

2 dlm 1

Bergambar bersama untie Sarimah & uncle Patrick

Kenangan bersama kawan-kawan Kolej MARA Seremban

Mailis kenduri doa selamat sempena Yusri menyambung sekolah ke Sydney, Australia. Alhamdulillah semua sanak saudara dan jiran tetangga berkesempatan hadir pada 7 Februari yang lalu, di Dewan MPKj Taman Mesra, Kajang. Moga diberkati dan mendapat berkat.