29 September, 2012

PENUTUP BULAN BAHASA & PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI PSS

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam aktiviti pertandingan yang diadakan. Semoga pada tahun hadapan lebih ramai lagi pelajar yang berminat untuk mengambil bahagian. Belum cuba, belum tahu.....












Jurufoto:
Nurul Nadiah bte Azman 

2 Inovatif

09 September, 2012

KELAS GANTI 1 CENDIKIA

Aktiviti menyediakan isi-isi penting.

Mengumpul isi-isi penting bagi menyangkal hujah pencadang.

Barisan pencadang.

Barisan pembangkang.

Isi-isi perlu diagihkan kepada peserta dgn bijaksana
supaya tidak berlaku pengulangan.



Pengerusi majlis berbaju merah.

Kali ini cikgu memilih aktiviti lisan mengenai perbahasan dalam kelas ganti . Tajuknya ialah "BERHARI RAYA DI KAMPUNG LEBIH BAIK DARIPADA BERHARI RAYA DI RUMAH SENDIRI". Aktiviti ini difikirkan sesuai , memandangkan sekolah baru saja di buka selepas cuti Hari Raya Aidilfitri . Tentu banyak perkara yang boleh dikongsikan. Objektif utama untuk melatih para pelajar berani berhujah di hadapan kelas. Maklumlah, lumrahnya semua orang suka bercakap tetapi kalau diberi peluang sebegini tidak ramai yang hendak mengambil bahagian. Jadi anak-anak , cuba gilap bakat kita yang suka bercakap itu dengan latihan sedemikian. Banyakkan berlatih..Lambat-laun anda pasti kagum dengan kebolehan anda.Tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian.