25 December, 2012

Program Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Kendiri Pelajar











Program ini diadakan pada 26 September 2012 di Bilik Saujana Harmoni SMKSI Kajang. Antara objektif utama program adalah untuk membimbing para peserta dalam membentuk kendiri diri yang unggul dan mantap. Di samping itu moga dapat menyemai nilai keyakinan diri dari aspek mental, fizikal & spiritual bagi meningkatkan kualiti akhlak & disiplin diri kumpulan sasaran. Program anjuran UBK,Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Islam, Unit Disiplin & PIBG ini mensasarkan seramai 30 orang pelajar sesi petang & 30 orang pelajar tingkatan 4. Terima kasih kepada PIBG SMKSI yang telah menaja program ini. Terima kasih juga kepada semua AJK pelaksana yang menjayakan program. Semoga program ini berjaya melahirkan individu yang kental & serba boleh dalam menghadapi cabaran masa kini . InsyaAllah.