26 April, 2010

PROGRAM CERAMAH & PAMERAN ANTI DADAH

Program anjuran kerjasama Panitia Sivik & UBK SMKSI ini telah memberikan pengetahuan yang berharga mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada semua pelajar SMKSI khasnya. Program berlangsung pada Khamis, 15 April 2010 dari 7.30 pagi hingga jam 5.00 petang.

Aturcara disusun padat dengan persembahan lakonan oleh para pelajar yang bertemakan Remaja Benci Dadah Pewaris Pemimpin Negara. Diikuti dengan ceramah oleh En. Fadhilah Alwi (wakil AADK Hulu Langat). Sementara aktiviti pameran dalam bas pula adalah daripada AADK Putrajaya.

Moga program ini dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai risiko akibat penyalahgunaan dadah.
DADAH MEMBAWA PADAH..... HIDUP CERIA TANPA DADAH.


Sumber gambar daripada Cikgu Nik Lini Murni Nik Mat


24 April, 2010

KURSUS KEPIMPINAN KETUA TINGKATAN & PENOLONG KETUA TINGKATAN 2010

Kursus Kepimpinan tersebut telah diadakan pada 10 April 2010 / Sabtu. Sasaran kursus terdiri daripada semua ketua dan penolong ketua tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Antara objektif diadakan kursus ini untuk mendedahkan kepada sasaran mengenai peranan, tugas kerja, pengurusan bilik darjah dan pembentukan peribadi ketua yang mempunyai kepimpinan.

Diharapkan semua peserta kursus dapat membudayakan kerja berpasukan dalam semua aspek pengurusan kelas. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.