25 December, 2010

Hari Pengumuman Keputusan PMR 2010 SMKSI

Khamis 23 Disember merupakan hari keputusan PMR diumumkan. Seramai 87 orang pelajar mendapat straight A. Peratus lulus 85.9%. 9 A - 12 orang. 8A - 63 orang 7 A 12 orang. Tahniah!
Ralat: Peratus lulus 85.7%

















22 December, 2010

MATAHARI PAGI DI PUNCAK BROGA



Beberapa gambar bersama keluarga ketika mendaki ke puncak Bukit Broga pada 18 Nov 2010.

Cuaca lembab menjadikan pendakian agak mencabar. Semua pendaki terpaksa bersusah-payah untuk sampai ke puncak bukit. Dengan berkat kesungguhan, semangat yang gigih serta keyakinan diri.... sampai juga ke destinasi yang hendak dituju. Alhamdulillah & syukur kami selamat mendaki & menikmati udara yang bersih. Cikgu ingin berpesan kepada semua pelajar SMKSI khususnya yang membaca blog ini, kejayaan pasti mendatang jika kita ada kemahuan & keyakinan diri. Amalkan setiap kerja dimulakan dengan doa. Pesanan cikgu ini dikuatkan lagi dengan pepatah Melayu, hendak seribu daya, mahu pelbagai cara.


Rumusannya : IMPIAN/MATLAMAT + USAHA = KEJAYAAN.