Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

22 December, 2010

MATAHARI PAGI DI PUNCAK BROGA



Beberapa gambar bersama keluarga ketika mendaki ke puncak Bukit Broga pada 18 Nov 2010.

Cuaca lembab menjadikan pendakian agak mencabar. Semua pendaki terpaksa bersusah-payah untuk sampai ke puncak bukit. Dengan berkat kesungguhan, semangat yang gigih serta keyakinan diri.... sampai juga ke destinasi yang hendak dituju. Alhamdulillah & syukur kami selamat mendaki & menikmati udara yang bersih. Cikgu ingin berpesan kepada semua pelajar SMKSI khususnya yang membaca blog ini, kejayaan pasti mendatang jika kita ada kemahuan & keyakinan diri. Amalkan setiap kerja dimulakan dengan doa. Pesanan cikgu ini dikuatkan lagi dengan pepatah Melayu, hendak seribu daya, mahu pelbagai cara.


Rumusannya : IMPIAN/MATLAMAT + USAHA = KEJAYAAN.