26 March, 2010

PROGRAM JULANG 1 PMR 2010

Program Julang 1 merupakan aktiviti cuti sekolah bagi pelajar PMR & pelajar SPM. Bermula pada hari Ahad hingga Selasa (14 - 16 Mac 2010).

Slot motivasi saya ini telah diadakan pada hari Selasa / 16 Mac 2010. Masa yang diperuntukkan bermula dari jam 11.20 hingga 12.50 tengah hari. Sambutan menggalakkan. Sasaran terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 KRK 2, 3 Cendekia, 3 Inovatif, 3 Inisiatif, 3 Dedikasi dan 3 Progresi
f.

Mayona seorang Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4. Beliau telah
menggunakan masa cutinya untuk khidmat sukarela membantu guru.
Sikap kepimpinan ini boleh meningkatkan keyakinan dirinya.

Mulakan aktiviti dengan doa. Yang lambat masuk tu,
cepat cari tempat duduk.

Topik yang dikongsikan, bagi melahirkan remaja ceria, sejahtera & berjaya.

Kejayaan memerlukan perancangan dan diringi
dengan usaha bersungguh-sungguh serta doa.

Remaja datang sekali saja. Ambillah peluang keemasan ini
untuk membina empayar masa depan anda yang gilang-gemilang.

Jauhi diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
Sayangi diri anda. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Penuhi masa remaja untuk menuntut ilmu. Usaha berterusan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan....

Wajah bakal-bakal pemimpin masa depan negara. Mudah-mudahan....

"Siapa kawan anda pada hari ini akan menentukan
siapa anda pada hari esok". /:Dr. Shukri Abdullah

"Sesungguhnya, pengetahuan seseorang itu
tidak boleh menandingi pengalamannya". /: John Locke

"Buatlah apa yang anda mampu buat,
dengan apa yang anda ada,
di mana saja anda berada". /:Henry Truman

"We are what we repeatedly do. Excellence,
then, is not an act, but a habit". /: Aristotle

Manfaatkan teknologi hari ini untuk kebaikan anda.

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Sayangi ibubapa & hormatilah guru-guru anda.
Jika perlu silalah berjumpa kaunselor di bilik kaunseling SMKSI.

23 March, 2010

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2010


Karnival Pendidikan MARA ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar lepasan SPM/STPM/Diploma untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Jadi semua pelajar sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke karnival seumpama ini. Mulai tingkatan empat lagi para pelajar patut hadir ke expo-expo seperti ini. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh universiti-universiti yang mengambil bahagian.










20 March, 2010

PENGUMUMAN SPM 2009

11 Mac yang lalu telah meninggalkan kenangan bagi para pelajar lepasan SPM 2009. Mereka hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM masing-masing. 19 orang telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Farina Kamal Hizat merupakan Tokoh Akedemik SPM 2009. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya. Bagi yang tidak mencapai sasaran, jangan berputus asa. Yakin diri. Pilihlah bidang-bidang pengkhususan yang boleh menawarkan kerjaya yang diminati . Rekod pencapaian terkini mencatatkan 97.3% . Peningkatan sebanyak 1% daripada tahun 2008. Semoga Visi Sekolah untuk menjadi antara enam sekolah yang terbaik dalam daerah Hulu Langat pada tahun 2012 menjadi kenyataan.

Senarai Pelajar Cemerlang SPM 2009 :
  1. Farina Kamal Hizat
  2. Shalini Devi A/P Rajasekharan
  3. Dheswindeep Kaur A/P Gurdeep
  4. Hanis Binti Faudzi
  5. Fatin Norhanani binti Mohamad Najib
  6. Nur Nadhrah Abdul Munir
  7. Aynaa Jasmin Binti Sani
  8. Luqman Hakim Bin Abdul Rahman
  9. Ili Nabilah Binti Abdul Muhaemin
  10. Syahidah Bt. Samsir
  11. Nurul Asma Bt Abdul Rahman
  12. Muhammad Afiq Rafie Bin Asri
  13. Raz Nor Zahirah Bt. Razali
  14. Nazirah Bt Ishar
  15. Nursyazwani Bt Abdul Rahman
  16. Nurul Ain Bt Abdul Hisham
  17. Dhivya Dharsheni A/P Rajarathnam
  18. Wong Kang Wei
  19. Nur' Aizzati Bt Roslan
















11 March, 2010

MAJLIS IKRAR GEMILANG KRK & KAA TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2

Majlis Ikrar Gemilang KRK & KAA Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 telah diadakan pada 24 Februari 2010, dari jam 1.30 tengah hari hingga 5.00 petang. Objektif diadakan untuk:
  • Menyedarkan para pelajar bahawa sebahagian besar kejayaan adalah bermula dari diri sendiri.
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dan memberikan komitmen yang sewajarnya terhadap peperiksaan yang akan diambil pada tahun ini.
Peletakkan AJK, mesyuarat & tentatif program telah diatur dengan persetujuan pentadbir. Namun pelaksanaannya tidak mengikut seperti apa yang telah dirancang.

Alkisahnya pada hari tersebut beberapa orang pegawai PPDHL telah mengadakan lawatan ke SMKSI. Jadi semua pentadbir tidak dapat bersama untuk turut serta dalam majlis tersebut.

Sayang setiap slot yang diagih-agihkan hanya tinggal di atas kertas sahaja. Sebagai penyelaras program saya terpaksa menjadi bidan terjun mengisi slot ucapan perasmian dan ceramah motivasi. Pn Wan Hasliza Wan Hamad telah mewakili Pn Amrah untuk ucapan penutup majlis. Terima kasih kepada semua guru-guru KRK dan KAA yang telah memberikan kerjasama di sepanjang majlis.

Majlis ini diharap dapat menyuntik semangat kumpulan sasaran yang cemerlang dalam UPSR untuk terus maju dan berdaya saing. Mereka inilah yang akan mengharumkan nama sekolah dalam PMR tahun 2011 dan 2012.


Lokasi majlis di Foyer Blok B

Kumpulan sasaran yang terdiri daripada murid-murid KRK & KAA
tingkatan 1 & tingkatan 2

Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Bacaan ikrar diketuai oleh Abdul Azam Ab. Ghani

Melafazkan ikrar dengan penuh penghayatan

Semoga apa yang dilafazkan itu akan menjadi amalan

Nyalaan obor semangat yang tidak akan padam

Selesai berikrar murid-murid dikehendaki menandatangani borang ikrar

Lafaz ikrar ini perlu diualang-ulang selalu

Barisan guru KRK & KAA yang turut serta dalam majlis

Borang ikrar hendaklah ditanda tangani oleh ibubapa/penjaga.
Dengan ini,ibubapa /penjaga memberikan sokongan dan dorongan terhadap
usaha anak-anak mereka

Pn. Wan Hasliza Wan Hamad sedang memberikan ucapan penutup