Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

11 March, 2010

MAJLIS IKRAR GEMILANG KRK & KAA TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2

Majlis Ikrar Gemilang KRK & KAA Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 telah diadakan pada 24 Februari 2010, dari jam 1.30 tengah hari hingga 5.00 petang. Objektif diadakan untuk:
  • Menyedarkan para pelajar bahawa sebahagian besar kejayaan adalah bermula dari diri sendiri.
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dan memberikan komitmen yang sewajarnya terhadap peperiksaan yang akan diambil pada tahun ini.
Peletakkan AJK, mesyuarat & tentatif program telah diatur dengan persetujuan pentadbir. Namun pelaksanaannya tidak mengikut seperti apa yang telah dirancang.

Alkisahnya pada hari tersebut beberapa orang pegawai PPDHL telah mengadakan lawatan ke SMKSI. Jadi semua pentadbir tidak dapat bersama untuk turut serta dalam majlis tersebut.

Sayang setiap slot yang diagih-agihkan hanya tinggal di atas kertas sahaja. Sebagai penyelaras program saya terpaksa menjadi bidan terjun mengisi slot ucapan perasmian dan ceramah motivasi. Pn Wan Hasliza Wan Hamad telah mewakili Pn Amrah untuk ucapan penutup majlis. Terima kasih kepada semua guru-guru KRK dan KAA yang telah memberikan kerjasama di sepanjang majlis.

Majlis ini diharap dapat menyuntik semangat kumpulan sasaran yang cemerlang dalam UPSR untuk terus maju dan berdaya saing. Mereka inilah yang akan mengharumkan nama sekolah dalam PMR tahun 2011 dan 2012.


Lokasi majlis di Foyer Blok B

Kumpulan sasaran yang terdiri daripada murid-murid KRK & KAA
tingkatan 1 & tingkatan 2

Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Bacaan ikrar diketuai oleh Abdul Azam Ab. Ghani

Melafazkan ikrar dengan penuh penghayatan

Semoga apa yang dilafazkan itu akan menjadi amalan

Nyalaan obor semangat yang tidak akan padam

Selesai berikrar murid-murid dikehendaki menandatangani borang ikrar

Lafaz ikrar ini perlu diualang-ulang selalu

Barisan guru KRK & KAA yang turut serta dalam majlis

Borang ikrar hendaklah ditanda tangani oleh ibubapa/penjaga.
Dengan ini,ibubapa /penjaga memberikan sokongan dan dorongan terhadap
usaha anak-anak mereka

Pn. Wan Hasliza Wan Hamad sedang memberikan ucapan penutup

11 August, 2009

Sejauh Manakah Kuman Demam Selsema Merebak?




Terima kasih Kementerian Kesihatan Singapura
Juga jangan lupa klik sini

05 August, 2009

Influenza A (H1N1) dan apa itu "Secondary Contact."

Lebih kurang 40 orang di kolej tempat anak cikgu belajar telah demam dan mempunyai ciri-ciri ILI. Pihak Jabatan Kesihatan telah datang ke kolej dan melakukan throat swap (lendir drp tekak diambil untuk pemeriksaan) pada 31 Julai 2009.

Pada 3 Ogos 2009, empat pelajar telah disahkan dihinggapi Influenza A (H1N1). Termasuklah anak saya. Keempat-empat pelajar sekarang sedang menjalani kuarintin di rumah.

Apa yang cikgu hendak sampaikan kepada murid-murid ialah sebaik ada tanda-tanda menyerupai flu segera mendapat rawatan di hospital. Untuk langkah-langkah yang boleh
diambil baca di sini

Secondary Contact: Ialah doktor dan semua kakitangan hospital yang merawat pesakit serta keluarga pesakit yang menjalani kuarantin di rumah.

Nota: seperti biasa anak-anak perlu klik pada perkataan-perkataan yang di birukan.

15 July, 2009

POTLUCK

Warga guru SMKSI sesi petang sering mengamalkan budaya potluck* pada hari Jumaat. Pelbagai juadah dihidangkan untuk dinikmati bersama. Selain makan minum dan sembang-sembang budaya ini dapat mengeratkan silaturrahim dan setia kawan.

Nota: anak-anak klik perkataan bertanda *

Tahu sumbat dan lompat tikam ini sumbangan saya.

Terliur jugak dibuatnya...

Waktu menjamu selera biasanya mengikut waktu yang tiada p&p masing-masing

Cikgu Izzany menyenduk makanan pilihannya

05 July, 2009

CERAMAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 1KRK & 1KAA

Program kecemerlangan ini telah adakan pada 28 Jun 2009. Sasaran 129 orang murid Tingkatan 1 KRK & Tingkatan 1 KAA.
Objektif :
  • Memperkayakan dan mempelbagaikan aktiviti sebagai kesinambungan pengajaran & pembelajaran berfokuskan format peperiksaan
  • Melatih murid berusaha secara berterusan ke arah peningkatan kualiti.
Semoga semua aktiviti yang dijayakan ini dapat memupuk budaya belajar bagi murid-murid sebagai sesuatu yang meneronokkan.







09 June, 2009

PROGRAM MENTOR MENTEE TINGKATAN 1 & TINGKATAN 2

Pelancaran program telah diadakan pada 4 Mei 2009. Sasaran melibatkan secara keseluruhan murid dan guru. Berbeza daripada tahun lalu, sasaran program hanya melibatkan murid murid KRK & KAA sahaja. Tahun ini semua murid diberi peluang yang sama. Nampaknya tidak seorang pun murid yang dipinggirkan. Mudah-mudahan semua murid mendapat manfaat bagi peningkatan prestasi masing-masing. Objektif utama adalah seperti berikut:

  • membantu dan membimbing -murid mengesan potensi dan menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
  • memantau perkembangan pelajaran mentee dari semasa ke semasa agar mencapai sasaran yang ditetapkan.
  • mewujudkan perhubungan yang mesra antara mentor & mentee, seterusnya memudahkan mentor membantu menyelesaikan masalah mentee khususnya yang berkaitan dengan pelajaran


Peringatan kepada murid-murid:


Cikgu harap semua akan melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan program ini. Apa yang para guru anda semua lakukan tidak harus dipersia-siakan. Mereka secara sukarela meluangkan masa dan tenaga membimbing anda supaya menjadi murid yang cemerlang. Hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti. Harus diingat, kita akan tuai apa yang kita tanam.



28 May, 2009

MESYUARAT KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

Mesyuarat pertama telah diadakan di PPDHL pada Isnin / 23 Mac 2009.

Taklimat En. Abdul Aziz Isa Pegawai HEM PPDHL.

Kaunselor-kaunselor Daerah Hulu Langat selaku AJK Pelaksana Karnival

Barisan AJK GKSM PPDHL dan wakil KUIS yang merupakan
penganjur Karnival Kerjaya Daerah

Taklimat daripada wakil KUIS

27 May, 2009

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN & KEBERSIHAN BERSAMA REXONA

Program telah diadakan pada hari Isnin , 4 Mei 2009 jam 4.30 hingga 5.30 petang. Majlis telah diadakan di dewan sekolah. Sasarannya ialah semua murid tingkatan 1 - tingkatan 2. Murid diminta duduk tanpa kerusi bagi membolehkan semua murid berpeluang untuk menyertai program di keluasan dewan yang menyamai keluasan tiga bilik darjah. Melentur buluh biar dari rebung, yang berfokus kepada penjagaan kesihatan dan keceriaan diri.*

Nota: klik pada tulisan warna biru*


17 May, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK KALI KE 8

Majlis telah diadakan pada hari Sabtu, 18 April 2009 di SMKSI. Jam 7.30 - 12.30 tengah hari. Semua aktiviti telah berjalan seperti yang dirancang. Majlis lebih berseri lagi dengan kehadiran Prof. Dr. Azali Mohamed, selaku Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni UPM yang telah merasmikan majlis.

Kemuncak majlis ialah penghargaan anugerah khas. Penerima Tokoh Akademik ialah
Edwin Loh Ern Wei [ 11 (1A), 1(2A), 1 (3B) ]. Sementara Afiq Aizat Ramlee, [ 5 (1A), 5 (2A) ] terpilih sebagai Tokoh Saujana. Tahniah! Semoga pada tahun akan datang lebih banyak lagi tokoh-tokoh yang akan diketengahkan.