05 August, 2009

Influenza A (H1N1) dan apa itu "Secondary Contact."

Lebih kurang 40 orang di kolej tempat anak cikgu belajar telah demam dan mempunyai ciri-ciri ILI. Pihak Jabatan Kesihatan telah datang ke kolej dan melakukan throat swap (lendir drp tekak diambil untuk pemeriksaan) pada 31 Julai 2009.

Pada 3 Ogos 2009, empat pelajar telah disahkan dihinggapi Influenza A (H1N1). Termasuklah anak saya. Keempat-empat pelajar sekarang sedang menjalani kuarintin di rumah.

Apa yang cikgu hendak sampaikan kepada murid-murid ialah sebaik ada tanda-tanda menyerupai flu segera mendapat rawatan di hospital. Untuk langkah-langkah yang boleh
diambil baca di sini

Secondary Contact: Ialah doktor dan semua kakitangan hospital yang merawat pesakit serta keluarga pesakit yang menjalani kuarantin di rumah.

Nota: seperti biasa anak-anak perlu klik pada perkataan-perkataan yang di birukan.

2 comments:

kakdik said...

Minggu ini anak2 sy mc 3 hari. Dmm selsema yg agak serius + batuk + sakit kepala. AlhamdulilLah dh ok semula. Cikgu kelas ank sy (SK Semenyih) inform dlm 1 hari lbh krg 30-40 mruid mc. Nmpknya agk terkawal di sini. AlhamduliLah

qaseh qist said...

cekgu..
terima kasih eh doa yg diberikan..
terima kasih sangat2..
harap anak cikgu akan sehat hendaknye.. AMIN..