30 November, 2008

KAUNSELING

“Proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang atau kumpulan”

29 November, 2008

PEMBIMBING

karikatur dari internet
“Orang yang memandu dan memimpin”

27 November, 2008

BIMBINGAN

karikatur daripada internet

Bimbingan ialah bantuan yang diberikan kepada seseorang individu untuk menentukan matlamat-matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu.
Alice Crow (1964)

23 November, 2008

BERMULA KALAM

Sebagai seorang pendidik, mengadap laptop di rumah adalah satu kemestian. Laptop adalah teman setia seorang guru bila menyambung kerja-kerja sekolah di rumah. Bagi suami pula pc adalah untuk melayari internet atau surfing dan permainan video. Bagi anak-anak pula apabila pulang dari IPT di hujung minggu, mereka akan sibuk dengan MySpace, Facebook dan blog masing-masing.

Pada asalnya saya tidak faham dengan ini semua. Lama kelamaan baru saya faham bahawa MySpace dan Facebook adalah satu medium untuk berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat sesama kelompok mereka (satu jaringan komuniti).

Melalui perbualan dengan anak-anak baru saya faham blog adalah satu online journal (diari). Aktiviti mengemaskini blog dinamakan blogging dan yang empunya blog dikenali sebagai blogger.

Sedikit demi sedikit timbul minat di hati saya untuk memiliki sebuah blog. Budaya keluarga ini sedikit sebanyak mempengaruhi saya untuk menjadi seorang blogger. Sekurang-kurangnya dapat juga saya berkongsi kegiatan harian dan kerjaya saya dengan berblogging.

Dengan itu lahirlah

SMK Saujana Impian (tidak rasmi)


Selamat membaca.