Showing posts with label Takrif. Show all posts
Showing posts with label Takrif. Show all posts

18 December, 2008

Apakah (itu) Kaunseling?

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat. Dalam proses menolong, seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya, kebolehan, kemampuan dan keupayaannya. Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.

(Petikan di ambil dari tulisan Aminah Hj Hashim , Rusnani Abd Kadir & Nordin Kardi ... UPM )

30 November, 2008

KAUNSELING

“Proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang atau kumpulan”

29 November, 2008

PEMBIMBING

karikatur dari internet
“Orang yang memandu dan memimpin”

27 November, 2008

BIMBINGAN

karikatur daripada internet

Bimbingan ialah bantuan yang diberikan kepada seseorang individu untuk menentukan matlamat-matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu.
Alice Crow (1964)