15 February, 2011

Program Orientasi Tingkatan Satu 2011

Program Orientasi telah dianjurkan oleh UBK dengan kerjasama oleh semua unit di SMKSI.

Objektif:
  1. Memperkenalkan barisan kepimpinan sekolah & budaya sekolah positif serta peraturan-peraturan untuk kemudahan dua hala peningkatan berkualiti dalam semua bidang pengurusan sekolah.
  2. Membentuk sikap serta akhlak kumpulan sasaran yang mempunyai jati diri dan semangat persaingan secara sihat bagi melahirkan pencapaian sekolah berprestasi tinggi.
  3. Mewujudkan bakal-bakal pemimpin di kalangan pelajar yang dapat bekerjasama dengan para guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Pelaksanan: 4 - 6 Januari 2011 / Selasa - Khamis

Semoga program ini dapat membantu pelajar untuk mengamalkan budaya positif sekolah & dapat menyesuaikan diri di SMKSI sesama rakan, walaupun datang dari pelbagai latar belakang sekolah yang berbeza.


Pn Kamariah, guru bertugas mingguan mencari bakal-bakal imam untuk solat berjemaah.

Sasaran pelajar Program Orientasi tekun mendengar info
daripada guru bertugas mingguan.

En Husaini membimbing pelajar baru menyanyikan Lagu Sekolah,
Lagu Negeri & Lagu Negaraku.

Tekun mendengar arahan.

Suai kenal bersama GPK Kurikulum, Pn Zaitun Ibrahim.

Suntikan untuk meningkatkan prestasi kurikulum

Para pelajar mengambil wuduk untuk solat berjemaah

Pengetua SMKSI diapit oleh GPK Kurikulum di sebelah kiri & GPK Sesi Petang
di sebelah kanan.

Suai kenal bersama Pn Hjh Basinah, Pengetua SMKSI.

Pn Norizam Ismail memberikan arahan kepada para pelajar
sebelum melawat ke bilik-bilik khas.

Lawatan ke bengkel Kemahiran Hidup

Lawatan kantin.

Guru pengiring memberikan taklimat peraturan makan di kantin.

Menduduki ujian Bahasa Arab bagi pemilihan KAA di makmal komputer.

Pelajar perempuan menduduki ujian Bahasa Arab di PSS.

Pn Haniffah Mohd Yusoff mempengerusikan majlis & menjemput
Penyelaras PSS untuk berkongsi maklumat.

Taklimat PSS oleh Pn Nahlia Md Salleh mengenai
tatacara penggunaan PSS & penerangan Program Nilam.

Suai kenal bersama GPK Ko Kurikulum, Pn Hjh Zamnah Jiman.

Mencatat maklumat penting mengenai ko kurikulum.

Taklimat UBK oleh Pn Haniffah Mohd Yusoff.

Makluman Pn Rohani Baharudin, guru penyelaras ko kurikulum sesi petang.

Budaya mencatat memudahkan pelajar mengingat maklumat
penting yang disampaikan oleh guru.

Gambar drpd: Tn Hj Shahrudin Lubis