24 November, 2010

Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

Mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang. Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.
(http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f77c9a7f-afdb-4af8-8d36-bc824d6cdfcf&groupId=1132955)
keterangan lanjut klik sini

Secara peribadi saya amat menggalakkan calon-calon yang layak tidak melepaskan peluang ini. Kelebihan mengikuti program ini ialah anak-anak akan lebih senang dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti luar negara. Mudah-mudahan.

Saya berharap semua pembaca blog saya dapat berkongsi maklumat ini dengan anak-anak yang berminat dan berkelayakkan.

09 November, 2010

MAJLIS GRADUASI SMKSI 2010

Majlis diadakan pada 30 Oktober 2010/Sabtu di Auditorium Abu Zarim ILSAS Bandar Baru Bangi. Perasmian majlis disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Talib, Timbalan Dekan Fakulti Sains UPM . Dua orang pelajar telah dianugerahkan Tokoh Bitara & Tokoh Permata Budi. Majlis graduasi ini diharapkan dapat membakar semangat semua pelajar supaya berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meneruskan pengajian mereka ke IPT kelak.

Kavien Raaj A/L Karpaiya
Tokoh Bitara

Mohamad Aieffie B. Shahudin
Tokoh Permata Budi
Nota:
Untuk melihat gambar-gambar lain
sila klik Facebook cikgu

04 November, 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2010

Dalam Mesyuarat Guru Sesi Petang 21 Okt/Khamis lalu, terkejut juga saya apabila Pn. Amrah selaku GPK Sesi Petang melantik saya menjadi penyelaras majlis ini. Pelaksanaanya pula ditetapkan pada esoknya 22 Okt./ Jumaat. Jadi tanpa berlengah lagi, selepas mesyuarat , Pn. Amrah, Cikgu Husaini dan saya terus berbincang mengenai tentatif majlis & sasaran pelajar yang akan mengambil bahagian dalam persembahan.

Selesai berbincang, saya terus meletakkan AJK Pelaksana majlis. Untuk melicinkan pengurusan buku aturcara perlu diwar-warkan kepada semua AJK yang terlibat. Kumpulan sasar terdiri daripada Tingkatan 1 Inovatif, Tingkatan 1 Optimis, Tingkatan 2 KRK 1, Tingkatan 2 Kreatif dan Tingkatan 2 Inisiatif sahaja.

Kebanyakan guru bagi kelas yang tidak terlibat terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran kerana pada 25 Okt./Isnin akan dijalankan peperiksaan akhir tahun. Walaubagaimanapun berkat kerjasama AJK pelaksana & para pelajar yang mengambil bahagian, majlis dapat dijayakan. Pengisian persembahan adalah secara spontan sahaja. Antaranya deklamasi sajak, berpantun, bersyair dan nyanyian lagu solo. Terima kasih kepada Cikgu Husaini, Cikgu Mubdi, dan semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

Tambahan:
Majlis diakhiri dengan persembahan Nyanyian Koir Lagu "Bahasa Jiwa Bangsa."