07 August, 2011

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH CEMERLANG









Program telah dijayakan pada hari Jumaat, 15 Julai 2011. Masa 12.30 tengah hari - 2.30 petang. Sasaran terdiri daripada semua pelajar bukan Islam sesi petang. Matlamatnya untuk melahirkan pelajar SMKSI yang berakhlak cemerlang. Objektifnya adalah seperti berikut:
  • Menerapkan nilai-nilai murni yang dapat melahirkan insan yang berakhlak cemerlang.
  • Menangani pelajar daripada terjebak kepada tingkah laku yuang merrugikan dan tidak bermoral.
  • Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kesan negatif yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat.
Pn Kaladevi A/P Arumugam (Guru Cemerlang Pendidikan Moral) telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi kepada kumpulan sasaran. Semoga semua pelajar akan mengamalkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk sikap diri yang positif. Yang baik dijadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan. Bimbingan yang diberikan bukan hanya tamat setakat ini sahaja tetapi berterusan dalam p&p subjek Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik. Jadi melentur buluh, biarlah dari rebung. Selaku penyelaras program, saya berharap agar SMKSI dapat melahirkan ramai aset negara yang dapat menyumbang ke arah kemajuan negara dalam pelbagai bidang pengkhususan di masa hadapan. Mudah-mudahan...