31 March, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Mesyuarat Agung PIBG SMKSI Kali Ke 11


Anak-anak SMKSI yang merupakan penerima
Anugerah Kecemerlangan Akademik

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Tarmizi Che Hasan


Barisan Penerima Anugerah Kecemerlangan SPM 2011

Ucapan Alu-aluan oleh Pengetua SMKSI

Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat

Pelancaran Laman Web SMKSI.net


Persembahan Koir






Tahniah

Mesyuarat Agung PIBG

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha gigih dan menerima hadiah kecemerlangan akademik kali ini. Terima kasih atas kerjasama anda terutama yang datang dari jauh semata-mata untuk meraikan majlis ini. Begitu juga terima kasih kepada ibubapa yang hadir untuk sama-sama memberikan sokongan kepada sekolah. Namun kehadiran pihak ibubapa dalam mesyuarat tidak memberangsangkan langsung. Peratus kehadiran lebih kepada wakil guru.

30 March, 2012

Jalan-jalan Melaka














Melaka Bandaraya Bersejarah juga dikenali Bandar Hijau. Ia merupakan tempat tarikan para pelancung dalam & luar negara. Salah satu lokasi yang boleh dikunjungi ialah Muzium Ethnografi & Muzium Sejarah. Di sini pengunjung dapat mengetahui budaya & cara hidup penduduk Melaka. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, akan memantapkan lagi pemahaman terhadap subjek sejarah yang berkaitan dengannya. Melaka juga terkenal dengan perusahaan belacan dan cencaluk.

Melaka bukanlah bandar yang asing bagi cikgu sebab cikgu pernah menuntut di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka selama setahun.


16 March, 2012

Percutian Di Pahang Darul Makmur



























==


Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya dan keluarga pergi bercuti ke Pekan Pahang. Sepanjang perjalanan terdapat banyak papan tanda pusat-pusat pengajian tinggi. Antaranya ialah Universiti Malaysia Pahang, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kolej Kejururawatan Kuantan,Kolej Matrikulasi Pahang dan lain-lain lagi. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Teluk Cempedak. Imbas kembali waktu muda dulu, berkunjung ke pantai ini sambil melayan anak-anak mandi-manda di tepian pantai. Kini hanya menikmati keindahan panoramanya saja.