==
Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya dan keluarga pergi bercuti ke Pekan Pahang. Sepanjang perjalanan terdapat banyak papan tanda pusat-pusat pengajian tinggi. Antaranya ialah Universiti Malaysia Pahang, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kolej Kejururawatan Kuantan,Kolej Matrikulasi Pahang dan lain-lain lagi. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Teluk Cempedak. Imbas kembali waktu muda dulu, berkunjung ke pantai ini sambil melayan anak-anak mandi-manda di tepian pantai. Kini hanya menikmati keindahan panoramanya saja.
No comments:
Post a Comment