18 December, 2008

Apakah (itu) Kaunseling?

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat. Dalam proses menolong, seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya, kebolehan, kemampuan dan keupayaannya. Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.

(Petikan di ambil dari tulisan Aminah Hj Hashim , Rusnani Abd Kadir & Nordin Kardi ... UPM )

No comments: