04 November, 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2010

Dalam Mesyuarat Guru Sesi Petang 21 Okt/Khamis lalu, terkejut juga saya apabila Pn. Amrah selaku GPK Sesi Petang melantik saya menjadi penyelaras majlis ini. Pelaksanaanya pula ditetapkan pada esoknya 22 Okt./ Jumaat. Jadi tanpa berlengah lagi, selepas mesyuarat , Pn. Amrah, Cikgu Husaini dan saya terus berbincang mengenai tentatif majlis & sasaran pelajar yang akan mengambil bahagian dalam persembahan.

Selesai berbincang, saya terus meletakkan AJK Pelaksana majlis. Untuk melicinkan pengurusan buku aturcara perlu diwar-warkan kepada semua AJK yang terlibat. Kumpulan sasar terdiri daripada Tingkatan 1 Inovatif, Tingkatan 1 Optimis, Tingkatan 2 KRK 1, Tingkatan 2 Kreatif dan Tingkatan 2 Inisiatif sahaja.

Kebanyakan guru bagi kelas yang tidak terlibat terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran kerana pada 25 Okt./Isnin akan dijalankan peperiksaan akhir tahun. Walaubagaimanapun berkat kerjasama AJK pelaksana & para pelajar yang mengambil bahagian, majlis dapat dijayakan. Pengisian persembahan adalah secara spontan sahaja. Antaranya deklamasi sajak, berpantun, bersyair dan nyanyian lagu solo. Terima kasih kepada Cikgu Husaini, Cikgu Mubdi, dan semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

Tambahan:
Majlis diakhiri dengan persembahan Nyanyian Koir Lagu "Bahasa Jiwa Bangsa."

















No comments: