Majlis Ikrar Gemilang KRK & KAA Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 telah diadakan pada 24 Februari 2010, dari jam 1.30 tengah hari hingga 5.00 petang. Objektif diadakan untuk:
- Menyedarkan para pelajar bahawa sebahagian besar kejayaan adalah bermula dari diri sendiri.
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dan memberikan komitmen yang sewajarnya terhadap peperiksaan yang akan diambil pada tahun ini.
Peletakkan AJK, mesyuarat & tentatif program telah diatur dengan persetujuan pentadbir. Namun pelaksanaannya tidak mengikut seperti apa yang telah dirancang.
Alkisahnya pada hari tersebut beberapa orang pegawai PPDHL telah mengadakan lawatan ke SMKSI. Jadi semua pentadbir tidak dapat bersama untuk turut serta dalam majlis tersebut.
Sayang setiap slot yang diagih-agihkan hanya tinggal di atas kertas sahaja. Sebagai penyelaras program saya terpaksa menjadi bidan terjun mengisi slot ucapan perasmian dan ceramah motivasi. Pn Wan Hasliza Wan Hamad telah mewakili Pn Amrah untuk ucapan penutup majlis. Terima kasih kepada semua guru-guru KRK dan KAA yang telah memberikan kerjasama di sepanjang majlis.
Majlis ini diharap dapat menyuntik semangat kumpulan sasaran yang cemerlang dalam UPSR untuk terus maju dan berdaya saing. Mereka inilah yang akan mengharumkan nama sekolah dalam PMR tahun 2011 dan 2012.
Lokasi majlis di Foyer Blok B
Majlis dimulakan dengan bacaan doa
No comments:
Post a Comment