10 June, 2010

PROGRAM JULANG DUA. PELAJAR SPM BERSAMA THE OTOMOTIF COLLEGE.

Program Julang 2 telah diadakan pada 6-8 Jun 2010. Paparan yang tertera adalah situasi menang-menang untuk pelajar memperkayakan maklumat mereka ketika memilih IPT untuk pengajian selepas SPM. Slot saya dan Cik Ainie adalah penutup tirai kepada program ini. Slot kami bermula pada 11.20 hingga 12.50 tgh, bertarikh 8 Jun 2010 di Bilik Saujana Harmoni. Sasaran terdiri daripada para pelajar Tingkatan 5 Dinamik, Tingkatan 5 Kreatif, Tingkatan 5 Progresif & Tingkatan 5 Aspirasi.

Hidangan kuih-muih yang dimasak sendiri untuk
mengalas perut sebelum program bermula

Giliran slot saya ialah di penghujung program.
Memang tiada masa untuk makan bersama penceramah. Jadi cara begini
dapat mengatasi keadaan masa yang kritikal itu.
Walaupun bilangan pelajar yang hadir tidak memberangsangkan....
saya menerima keadaan ini dengan seadanya.
Tahniah kepada yang hadir.
Telatah pelajar ketika mendengar ceramah.
Kebanyakan pelajar Melayu khasnya, lebih suka meneruskan
pengajian selepas SPM di IPTA . Kini pemintaan ke IPTA melebihi penawaran.
Mohonlah juga IPTS yang tidak kurang hebatnya, di samping memohon melalui UPU
Bakal graduan universiti ???? 3-6 tahun akan datang

Sebahagian rakaman gambar ketika sesi pembentangan
yang sempat diabadikan untuk dikongsikan bersama
sasaran kelas yang tidak turut serta.













Setiap pelajar yang berjaya menjawab soalan, menerima
beg khas TOC.
Beg ini boleh digunapakai ketika anda membeli-belah di pasaraya,
pada hari Sabtu sebagai menyahut, “Kempen Tanpa Penggunaan Beg Plastik di Negeri Selangor.”



Penghargaan kepada Cik Ainie Kamaludin
Pn Haniffah mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar
yang telah melibatkan diri. Mana-mana yang tidak hadir tu...
bolehlah berjumpa dengan Pn Haniffah untuk mendapatkan maklumat.


PENGHARGAAN :
Terima kasih diucapkan kepada Cik Ainie Kamaludin, seorang Admissions Exercutive
di TOC yang sudi bersama-sama saya menjayakan program ini.

17 May, 2010

HADIAH HARI IBU & HARI GURU

Ingatkan dah tamatlah kisah hari ibu, rupa-rupanya semalam ketika menziarahi rumah cousin dapat pula hadiah home made chocolate. Saja bergurau dengan cousin di dapur , takda hadiah untuk hari guru ke , cousin keluarkan pula chocolate lain bentuk hello kitty. Hai musim coklatlah nampaknya.. orang tua cakap, rezeki jangan ditolak :)

Hadiah Hari Ibu

Hadiah Hari Guru

26 April, 2010

PROGRAM CERAMAH & PAMERAN ANTI DADAH

Program anjuran kerjasama Panitia Sivik & UBK SMKSI ini telah memberikan pengetahuan yang berharga mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada semua pelajar SMKSI khasnya. Program berlangsung pada Khamis, 15 April 2010 dari 7.30 pagi hingga jam 5.00 petang.

Aturcara disusun padat dengan persembahan lakonan oleh para pelajar yang bertemakan Remaja Benci Dadah Pewaris Pemimpin Negara. Diikuti dengan ceramah oleh En. Fadhilah Alwi (wakil AADK Hulu Langat). Sementara aktiviti pameran dalam bas pula adalah daripada AADK Putrajaya.

Moga program ini dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai risiko akibat penyalahgunaan dadah.
DADAH MEMBAWA PADAH..... HIDUP CERIA TANPA DADAH.


Sumber gambar daripada Cikgu Nik Lini Murni Nik Mat


24 April, 2010

KURSUS KEPIMPINAN KETUA TINGKATAN & PENOLONG KETUA TINGKATAN 2010

Kursus Kepimpinan tersebut telah diadakan pada 10 April 2010 / Sabtu. Sasaran kursus terdiri daripada semua ketua dan penolong ketua tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Antara objektif diadakan kursus ini untuk mendedahkan kepada sasaran mengenai peranan, tugas kerja, pengurusan bilik darjah dan pembentukan peribadi ketua yang mempunyai kepimpinan.

Diharapkan semua peserta kursus dapat membudayakan kerja berpasukan dalam semua aspek pengurusan kelas. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.