16 May, 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Sudah sampai masanya kita mengiktiraf segala penat-lelah guru-guru pra-sekolah, guru-guru kanak-kanak istimewa dan juga guru-guru yang mengajar tahun satu hingga tahun tiga di sekolah rendah.

Mereka ini termasuk dalam kumpulan 'wira yang tidak didendangkan'
kerana seperti kata Usman Awang:

"Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca."
(USMAN AWANG, 1979)

Kepada guru-guru "teristimewa" ini saya dengan segala rendah hati mengucapkan


" TERIMA KASIH CIKGU"
kerana membolehkan saya tulis-baca

www.iluvislam.com

Lukisan oleh Emilia Yusoff


14 May, 2009

MESYUARAT AGUNG KE 23 MAJLIS GURU KAUNSELING DAERAH HULU LANGAT - SESI 2008/2009

En. Ismail Musa (Peg. Pel. Daerah PPDHL) menyampaikan ucapan
dan merasmikan majlis pada 12 Mei 2009
di Wisma Kagumas BBB

Bersedia untuk meyampaikan hadiah kepada AJK musim lalu

Sebahagian daripada kaunselor yang meluangkan masa
di booth jualan buku dan pakaian

Suasana majlis dua dalam satu

Cikgu Hasni sedang membentangkan penyata kewangan
sebelum kabinet baru

AJK baru yang diberikan mandat meneraju sesi 2009/2010

En. Abdul Aziz Isa (Peg. Penhurusan HEM) turut
berkongsi maklumat

Makan tengah hari yang disediakan oleh Kagumas Caterer
18 Jalan 9/3, Seksyen 9. BBB

Sudi-sudikan.....

Bersama Cikgu Chua Mooi Kim, Kaunselor SM Yu Hwa Kajang

10 May, 2009

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU diucapkan kepada semua yang bergelar ibu. Peranan dan tanggungjawabmu akan terus diabadikan selagi nyawa dikandung badan. Gelaran ibu itu tidak boleh ditamatkan walau sesaatpun selagi ibu masih hidup di dunia ini. Jasa ibu amat besar dan tidak terbalas oleh anak. Oleh itu, anak-anak, sayangilah ibu dan hormatilah ibu. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Aleeya Syifaa
Lahir Rabu 6 Mei 2009


UCAPAN SELAMAT DATANG
kepada bakal ibu,
Aleeya Syifaa
cucu saudara yang baru berusia empat hari.

28 April, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Berlangsung pada hari Selasa ( 25 April 2009 ). Lokasi majlis di SM Teknik Sungai Buloh. Seawal jam 6.30 pagi, semua yang terlibat telah bersedia untuk bertolak ke destinasi majlis. Rombongan muatan dua bas kontijen PPDHL telah selamat pergi dan pulang pada jam 5.30 petang.

Bergambar bersama peserta media maklumat SMKSI

Pertandingan sketsa kerjaya

Pertandingan media maklumat yang menggunakan bahan buangan.
Bidang kejuruteraan

Hasil kreativiti peserta-peserta SMKSI

Bidang kesihatan pergigian

Robotik

Juru terbang

Pertandingan melukis kain rentang kerjaya

Pertandingan melukis poster kerjaya

Salah satu kain rentang yang dipertandingkan. Cantikkan?

Pertandingan buku skrap.
Pandai betul murid-murid ini mengolah buku skrap ini menjadi bahan yang berguna.

Berlatar belakangkan hasil sentuhan media maklumat para peserta SMKSI ;)