17 May, 2010
HADIAH HARI IBU & HARI GURU
Ingatkan dah tamatlah kisah hari ibu, rupa-rupanya semalam ketika menziarahi rumah cousin dapat pula hadiah home made chocolate. Saja bergurau dengan cousin di dapur , takda hadiah untuk hari guru ke , cousin keluarkan pula chocolate lain bentuk hello kitty. Hai musim coklatlah nampaknya.. orang tua cakap, rezeki jangan ditolak :)
26 April, 2010
PROGRAM CERAMAH & PAMERAN ANTI DADAH
Program anjuran kerjasama Panitia Sivik & UBK SMKSI ini telah memberikan pengetahuan yang berharga mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada semua pelajar SMKSI khasnya. Program berlangsung pada Khamis, 15 April 2010 dari 7.30 pagi hingga jam 5.00 petang.
Aturcara disusun padat dengan persembahan lakonan oleh para pelajar yang bertemakan Remaja Benci Dadah Pewaris Pemimpin Negara. Diikuti dengan ceramah oleh En. Fadhilah Alwi (wakil AADK Hulu Langat). Sementara aktiviti pameran dalam bas pula adalah daripada AADK Putrajaya.
Moga program ini dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai risiko akibat penyalahgunaan dadah.
DADAH MEMBAWA PADAH..... HIDUP CERIA TANPA DADAH.

Sumber gambar daripada Cikgu Nik Lini Murni Nik Mat
24 April, 2010
KURSUS KEPIMPINAN KETUA TINGKATAN & PENOLONG KETUA TINGKATAN 2010
Kursus Kepimpinan tersebut telah diadakan pada 10 April 2010 / Sabtu. Sasaran kursus terdiri daripada semua ketua dan penolong ketua tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Antara objektif diadakan kursus ini untuk mendedahkan kepada sasaran mengenai peranan, tugas kerja, pengurusan bilik darjah dan pembentukan peribadi ketua yang mempunyai kepimpinan.
Diharapkan semua peserta kursus dapat membudayakan kerja berpasukan dalam semua aspek pengurusan kelas. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.
Diharapkan semua peserta kursus dapat membudayakan kerja berpasukan dalam semua aspek pengurusan kelas. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

26 March, 2010
PROGRAM JULANG 1 PMR 2010
Program Julang 1 merupakan aktiviti cuti sekolah bagi pelajar PMR & pelajar SPM. Bermula pada hari Ahad hingga Selasa (14 - 16 Mac 2010).
Slot motivasi saya ini telah diadakan pada hari Selasa / 16 Mac 2010. Masa yang diperuntukkan bermula dari jam 11.20 hingga 12.50 tengah hari. Sambutan menggalakkan. Sasaran terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 KRK 2, 3 Cendekia, 3 Inovatif, 3 Inisiatif, 3 Dedikasi dan 3 Progresif.

untuk membina empayar masa depan anda yang gilang-gemilang.
Sayangi diri anda. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan....
Subscribe to:
Posts (Atom)