13 June, 2012

Majlis Ikrar Gemilang Pelajar KRK & KAA Tingkatan 1 & Tingkatan 2 ,2012





Ceramah motivasi & perasmian oleh En. Shamsul Dollah
Kaunselor Organisasi PPDHL.

Tentukan apa yang dilafazkan itu menjadi amalan

Syabas! Moga sejarah kecemerlangan anda berulang kembali.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kejayaan tidak datang menggolek... tetapi kejayaan adalah hasil usaha murni anak-anak tanpa berbelah bahagi. Kepenatan & kepayahan untuk mendapatkan prestasi akademik yang terbaik, hanyalah bersifat sementara sahaja. Oleh itu bangun...teruskan usaha...Amatilah TEKS IKRAR YANG TELAH DILAFAZKAN. Jadikan pedoman yang berguna. Kalau anda tidak mahu membantu diri anda, siapa lagi??? Moga Allah memberkati & merahmati anda.

26 May, 2012

Majlis Pertunangan Syaza

Majlis pertunangan anak buah diadakan pada hari Ahad 25 Mac 2012. Dihadiri oleh sanak-saudara yang terdekat. Suami pula menjadi wakil pihak perempuan utk menerima kehadiran rombongan lelaki. Semoga diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

Menggubah hantaran sebelum majlis

Amalan gotong-royong, budaya kita.
Tepak sireh


Antara barang-barang hantaran daripada pihak perempuan

Sireh junjung
Kek cawan

Saat yang ditunggu-tunggu...
Rombongan daripada pihak lelaki.
Syaza
Bakal ibu mertua menyarungkan cincin ke jari manis.
Bersama papa & mama
Majlis diserikan lagi dengan sambutan sanak- saudara
yang menyambut hari kelahiran pada bulan Mac.
Moga panjang umur & murah rezeki.

31 March, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Mesyuarat Agung PIBG SMKSI Kali Ke 11


Anak-anak SMKSI yang merupakan penerima
Anugerah Kecemerlangan Akademik

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Tarmizi Che Hasan


Barisan Penerima Anugerah Kecemerlangan SPM 2011

Ucapan Alu-aluan oleh Pengetua SMKSI

Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat

Pelancaran Laman Web SMKSI.net


Persembahan Koir






Tahniah

Mesyuarat Agung PIBG

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha gigih dan menerima hadiah kecemerlangan akademik kali ini. Terima kasih atas kerjasama anda terutama yang datang dari jauh semata-mata untuk meraikan majlis ini. Begitu juga terima kasih kepada ibubapa yang hadir untuk sama-sama memberikan sokongan kepada sekolah. Namun kehadiran pihak ibubapa dalam mesyuarat tidak memberangsangkan langsung. Peratus kehadiran lebih kepada wakil guru.

30 March, 2012

Jalan-jalan Melaka














Melaka Bandaraya Bersejarah juga dikenali Bandar Hijau. Ia merupakan tempat tarikan para pelancung dalam & luar negara. Salah satu lokasi yang boleh dikunjungi ialah Muzium Ethnografi & Muzium Sejarah. Di sini pengunjung dapat mengetahui budaya & cara hidup penduduk Melaka. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, akan memantapkan lagi pemahaman terhadap subjek sejarah yang berkaitan dengannya. Melaka juga terkenal dengan perusahaan belacan dan cencaluk.

Melaka bukanlah bandar yang asing bagi cikgu sebab cikgu pernah menuntut di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka selama setahun.