30 January, 2013

Anak Bercuti Di Sydney, Australia

 Berat juga hendak melepaskan kak long (KL) ke Sydney bersendirian...
KL nak menziarahi adiknya di samping boleh juga meluaskan pemandangan. 
Ayah dan mak doakan selamat pergi  dan selamat balik.
 Dua minggu KL ke sana, rindu juga bila berjauhan.

 Syukur selamat sampai di Malaysia dengan sebahagian ole-ole untuk famili.


13 January, 2013

Jom Makan Buah Putrajaya






Program" Jom Makan Buah" anjuran FAMAPerbadanan Putrajaya ini merupakan satu aktiviti yang perlu diadakan setiap kali musim buah-buahan. Harga berpatutan. Bayaran bagi warga emas RM10.00 & kanak-kanak cuma RM5.00. Orang dewasa pula RM15.00. Makan tanpa had. Memang berbaloi. Buah berkualiti. Terima kasih kepada pihak penganjur.

10 January, 2013

Selamat Hari Jadi Farhana & Seha













                     Lokasi di  Bidara Selayang.                                   
                                Semoga dimurahkan rezeki, diberkati & dirahmatiNya selalu.

25 December, 2012

Program Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Kendiri Pelajar











Program ini diadakan pada 26 September 2012 di Bilik Saujana Harmoni SMKSI Kajang. Antara objektif utama program adalah untuk membimbing para peserta dalam membentuk kendiri diri yang unggul dan mantap. Di samping itu moga dapat menyemai nilai keyakinan diri dari aspek mental, fizikal & spiritual bagi meningkatkan kualiti akhlak & disiplin diri kumpulan sasaran. Program anjuran UBK,Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Islam, Unit Disiplin & PIBG ini mensasarkan seramai 30 orang pelajar sesi petang & 30 orang pelajar tingkatan 4. Terima kasih kepada PIBG SMKSI yang telah menaja program ini. Terima kasih juga kepada semua AJK pelaksana yang menjayakan program. Semoga program ini berjaya melahirkan individu yang kental & serba boleh dalam menghadapi cabaran masa kini . InsyaAllah.