Penat dengan rutin yang sama, sudahlah di sekolah asyik dengan pen dan buku, balik rumah sibuk dengan penyapu pula. Sekali sekala dapat bermain dengan tepung ini layan juga.
Buat sekali banyak karipap ni perasan macam boleh bukak kedai pulak. hehe.
Ada gaya chef hotel Hilton tak ? :)
Kalau diikutkan banyak ini sekali goreng je.
Gambar ini semua kerja anak sulung saya, saya sendiri habis disuruh senyum.
Program telah diadakan pada hari Isnin , 4 Mei 2009 jam 4.30 hingga 5.30 petang. Majlis telah diadakan di dewan sekolah. Sasarannya ialah semua murid tingkatan 1 - tingkatan 2. Murid diminta duduk tanpa kerusi bagi membolehkan semua murid berpeluang untuk menyertai program di keluasan dewan yang menyamai keluasan tiga bilik darjah. Melentur buluh biar dari rebung, yang berfokus kepada penjagaan kesihatan dan keceriaan diri.*
Majlis telah diadakan pada hari Sabtu, 18 April 2009 di SMKSI. Jam 7.30 - 12.30 tengah hari. Semua aktiviti telah berjalan seperti yang dirancang. Majlis lebih berseri lagi dengan kehadiran Prof. Dr. Azali Mohamed, selaku Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni UPM yang telah merasmikan majlis.
Kemuncak majlis ialah penghargaan anugerah khas. Penerima Tokoh Akademik ialah Edwin Loh Ern Wei [ 11 (1A), 1(2A), 1 (3B) ]. Sementara Afiq Aizat Ramlee, [ 5 (1A), 5 (2A) ] terpilih sebagai Tokoh Saujana. Tahniah! Semoga pada tahun akan datang lebih banyak lagi tokoh-tokoh yang akan diketengahkan.