09 November, 2009

Jamuan Akhir Tahun Staf SMKSI

Setiap tahun majlis jamuan diadakan sebagai aprisiasi kepada semua staf yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komited. Kali ini jamuan akhir sesi 2009 diadakan di Palace Of The Golden Horses, mulai jam 1.30 tgh hingga 5.00 ptg. Majlis diserikan dengan kehadiran En. Azlan Ibrahim selaku YDP PIBG SMKSI dan isteri serta AJK - AJK PIBG yang lain. Acara majlis diselang-seli dengan penyampaian cenderamata kepada AJK Kelab Kebajikan Guru & Staf 2009. Penyampaian anugerah khas juga turut diberikan kepada guru-guru yang terpilih.


Ucapan Pn Hjh Basinah Hj Taib, Pengetua SMKSI

Mengaminkan doa

En. Ahmad Azhar selaku pengerusi majlis. Nampaknya portfolio ni tetap & berpencen. Selaku pengacara biasanya, tak dapatlah nak makan sakan seperti kawan-kawan yang lain. Asyik memaklumkan penerima-penerima anugerah & cenderamata sahaja. Nampaknya tahun depan kena sediakan Anugerah Pengacara Tersohor pula.

Silalah makan. Juadah-juadah masih banyak lagi.

Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah.

Bergambar kenangan dari kiri; Ustazah Sabariah, Ustazah Salmah
dan Pn Rofiah.


No comments: