02 January, 2010

Hari Pengumuman Keputusan PMR 2009 SMKSI


Pada 24 Disember sekolah dibanjiri oleh pelajar PMR SMKSI 2009, juga ibubapa yang ingin berkongsi kejayaan anak-anak. Masing-masing menaruh harapan agar keputusan PMR akan menggembirakan mereka & keluarga, sekali gus mengharumkan nama sekolah. Hakikatnya 48 orang telah mendapat straight A. Tahniah kepada yang cemerlang. Bagi yang lainnya, jangan berputus asa. Cuba mantapkan lagi pencapaian dalam SPM akan datang. Setiap sesuatu yang terjadi pada diri seseorang itu ada hikmahnya. Untuk sesi 2010 ini, janganlah anggap tingkatan empat itu sebagai tahun berbulan madu, sebaliknya bersedialah seawal Januari lagi untuk merealisasikan kejayaan dalam SPM 2011. Cikgu pasti setiap usaha ada ganjarannya. ANDA BOLEH. "Kita adalah apa yang kita fikirkan"

Tetapkan matlamat anda bagi kejayaan akademik 2010. Rancang pengurusan masa yang berkesan & berkualiti. Laksanakan perancangan mengikut jadual yang disediakan. Istiqamah dan berdoalah secara berterusan. Semoga kejayaan semakin menghampiri anda.
Saujana Indah Mara Gemilang




























No comments: