31 March, 2011

PROGRAM PRESTASI CEMERLANG TINGKATAN 1 & TINGKATAN 2, KRK & KAA

Program ini diadakan pada 3 dan 4 Mac 2011. Tujuannya untuk muhasabah diri terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun 2010. Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar KRK & KAA yang telah mencipta rekod yang cemerlang dalam UPSR, sebenarnya berkemampuan untuk mengekalkan kecemerlangan mereka secara berterusan sehinggalah tiba masa PMR kelak. Namun untuk skor A dalam setiap subjek, kumpulan sasaran perlu mengekalkan budaya menimba ilmu secara sihat di sekolah, berdisiplin dan istiqamah.

Berikut adalah amalan-amalan yang patut anda lakukan supaya prestasi akademik sentiasa meningkat.
  • Catatkan rekod pencapaian anda setiap kali selepas peperiksaan
  • Muhasabah diri terhadap markah yang gagal / rendah pencapaiannya.
  • Cari langkah untuk mengatasi kelemahan diri bagi subjek yang rendah pencapaiannya.
  • Sentiasa membuat target markah yang dingini dalam peperiksaan yang akan datang.
  • Seterusnya disiplinkan diri dengan meningkatkan usaha secara berterusan. (Panduan Jadual Belajar di Rumah)
  • Tumpukan perhatian semasa guru mengajar di kelas.
  • Sentiasa ada rutin membuat homework & mengulangkaji di rumah. (Beli bahan rujukan tambahan yang bersesuaian)
  • Latih tubi soalan-soalan mengikut tajuk -tajuk yang telah diajar oleh guru. (Layan diri)
  • Biasakan diri menjawab soalan-soalan seperti dalam peperiksaan yang sebenarnya. (Adakan koleksi koleksi peribadi yang boleh didapati di pasaran.)
Semua aktiviti-aktiviti di atas pasti menambahkan keyakinan anda bila setiap kali menduduki peperiksaan. Kemudian, lihatlah hasilnya. Buat renungan. Ulang balik proses persediaan sebelum peperiksaan di atas. Sudah pasti semakin hari semakin menyerlah prestasi anda.

Contoh:
Anjakan Markah Subjek BM
TAHUN Mac Mei Ogos Oktober
2011 45 (+5) 50(+7) 57(+5) 62
2012 62 (+5) 67(+5) 72(+5) 77
2013 77(+5) 82(+7) 89(+6) 95

Pada 2013 BM 'A' dalam tangan cemerlang. Begitulah dengan subjek-subjek yang lain.
Kebiasaannya prestasi akan menaik walaupun tidak sampai gred A.
Kesimpulannya aktiviti & kreativiti penting untuk peningkatan prestasi seseorang pelajar.
Beri tumpuan sepenuhnya kepada setiap kerja yang anda lakukan.
USAHA --> KEJAYAAN



















No comments: