11 December, 2009

Program Peningkatan Profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling PPDHL

Seramai 111 orang peserta kursus dari sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat telah menghadiri kursus dari 4 hingga 6 Nov di Coral Bay Resort Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Para peserta terdiri daripada GBKSM & GBSR. Semua peserta melibatkan diri secara aktif.


Ahli kumpulan saya, Kiosk 7 sedang menyiapkan tugasan

Penyediaan aktiviti UBK untuk pekongsian maklumat antara kumpulan kiosk

Selingan, waktu membeli-belah oleh-oleh

Rakan sebilik, Cikgu Siti Sofia sewaktu membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang nanti

Waktu makan malam

Para peserta kursus menikmati makanan malam

Makan malam ni istimewa sedikit sebab
ada kunjungan tetamu khas dari PPDHL,
Pn Nurul Badar Mohd Salleh

Makan untuk menyihatkan badan

Ucap Utama oleh Pn Nurul Badar Mohd. Salleh

Pemandangan feri-feri yang berlabuh

Rakaman gambar dalam pejalanan pulang

Kediaman di atas air

Gambar-gambar yang diambil dari tingkap feri ke luar

Feri pengangkutan utama. RM10.00 pergi - balik dari Lumut
ke Pulau Pangkur

Pn. Sofia dalam feri

Bergambar kenangan

Keindahan alam semula jadi



05 December, 2009

Majlis Graduasi SMKSI Kali Pertama

Diadakan pada hari Sabtu, 31 Oktober 2009 di Prescott Metro Inn, Kajang. Majlis Graduasi dirasmikan oleh Prof Madya Dr Fatimah Kari, Timbalan Dekan HEP Fakulti Ekonomi & Pentadbiran UM, KL. Turut hadir, En Azlan Ibrahim YDP PIBG SMKSI. Sasaran terdiri daripada pelajar tingkatan lima yang layak memenuhi syarat bergraduat yang ditetapkan.


Sibuk betul nampaknya Cikgu Pauziah menyediakan
bunga mangga sebelum majlis bermula

Sesi pendaftaran di awal majlis

AJK pendaftaran menjadi tumpuan para graduan yang hadir

Ketibaan Prof. Madya Dr Fatimah Kari, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya Kuala Lumpur selaku perasmi majls

Pn Hjh Basinah mengiringi Prof Madya Dr Fatimah ke lokasi majlis

Persembahan tarian sebagai aluan kepada para tetamu yang hadir

Sebahagian daripada barisan guru SMKSI
yang juga merupakan AJK pelaksana majlis

Ucapan oleh Pn Hjh Basinah, Pengetua SMKSI

Para ibubapa yang hadir

Suasana ketika majlis berlangsung

Ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr Fatimah Kari

Wajah-wajah ceria para graduan

Semua graduan menuju ke tempat duduk khas masing-masing

Saat menerima sijil

Tokoh Bitara, Farina Kamal Hizat

Tokoh Permata Budi, Nurul Asma Abdul Rahman

Pemberian cenderamata kepada Prof Madya Dr Fatimah

Gambar kenangan

Jamuan di akhir majlis

Semua tetamu dijemput menikmati jamuan yang disediakan


09 November, 2009

Jamuan Akhir Tahun Staf SMKSI

Setiap tahun majlis jamuan diadakan sebagai aprisiasi kepada semua staf yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komited. Kali ini jamuan akhir sesi 2009 diadakan di Palace Of The Golden Horses, mulai jam 1.30 tgh hingga 5.00 ptg. Majlis diserikan dengan kehadiran En. Azlan Ibrahim selaku YDP PIBG SMKSI dan isteri serta AJK - AJK PIBG yang lain. Acara majlis diselang-seli dengan penyampaian cenderamata kepada AJK Kelab Kebajikan Guru & Staf 2009. Penyampaian anugerah khas juga turut diberikan kepada guru-guru yang terpilih.


Ucapan Pn Hjh Basinah Hj Taib, Pengetua SMKSI

Mengaminkan doa

En. Ahmad Azhar selaku pengerusi majlis. Nampaknya portfolio ni tetap & berpencen. Selaku pengacara biasanya, tak dapatlah nak makan sakan seperti kawan-kawan yang lain. Asyik memaklumkan penerima-penerima anugerah & cenderamata sahaja. Nampaknya tahun depan kena sediakan Anugerah Pengacara Tersohor pula.

Silalah makan. Juadah-juadah masih banyak lagi.

Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah.

Bergambar kenangan dari kiri; Ustazah Sabariah, Ustazah Salmah
dan Pn Rofiah.


08 November, 2009

DAY TRIP: Kajang / Kota Bharu Kelantan.

Day trip bersama suami ke Kelantan, tempat tanah tumpah darah. Sarapan pagi di Pasar Siti Khadijah. Pastu membeli-belah sedikit keperluan. Tengah hari makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang sumo ore tahu doh memang bes - ike keli, asam pedas, ikan patin dan banyak lagi.... Tempat dio di Pusat Kraftangan..