17 April, 2011

KELAS GANTI / SESI BIMBINGAN BELAJAR BERKUMPULAN

Seringkali GBKSM diberikan kelas ganti apabila terdapat guru-guru yang berkursus @ cuti sakit. Walaubagaimanapun guru-guru mata pelajaran tidak boleh mengganti tugas GBKSM yang tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Malah kadang-kadang kelas ganti yang diberikan terdiri daripada 2 @ 3 kelas yang digabungkan. Untuk memudahkan kerja, terpaksa rujuk sesi kelas ganti dahulu sebelum menyusun sesi kaunseling yang diperlukan oleh pelajar.

Berikut adalah sesi kelas ganti yang saya jalankan bersama sasaran pelajar Tingkatan 1 KRK 2 & Tingkatan 2 KAA2. Pengajaran & pembelajaran berpusatkan murid (student centered) ini dapat melatih kumpulan sasaran untuk menguasai kemahiran mencatat dengan menggunakan peta minda dan kemahiran bertutur ketika sesi pembentangan. Guru adalah sebagai pemudahcara sahaja.

Di akhir pengajaran, guru memberi rumusan terhadap isi-isi penting yang sepatutnya akan dijadikan bahan penulisan untuk dinilai. Cara ini diandaikan semua murid dapat menulis semula penulisan mengikut gaya bahasa sendiri. Namun di sini apa yang saya hendak fokuskan ialah kemahiran membuat peta minda dan pembentangan isi-isi berdasarkan topik sahaja.


k




















16 April, 2011

Makan Pecel Lele dan Ayam Penyek di Padang Jawa









Ini ialah salah satu port makan budak-budak UiTM di Padang Jawa. Bagi mereka keutamaan ialah murah, sedap, bersih dan dekat dengan kampus. Menu utama tempat ini ialah pecel lele dan ayam penyek. Dua Sabtu lepas saya dan suami telah makan tengah hari di port makan tersebut.

*port di sini bermaksud tempat.

15 April, 2011

MAJLIS IKRAR GEMILANG PELAJAR KRK & KAA TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2 2011

Bacaan doa oleh wakil pelajar, Mohd Afiq Izaidi

Mengaminkan doa

Wajah-wajah pelapis negara masa depan

Cenderahati untuk perasmi

Ucapan aluan Pn Basinah Hj Taib (Pengetua SMKSI)

Ceramah motivasi & perasmian oleh En Azlan Ibrahim (YDP PIBG SMKSI)

Kumpulan sasaran yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
KRK & KAA

YDP PIBG pun turun padang untuk memberikan sokongan dan dorongan
ke arah peningkatan prestasi akademik

"Whatever you are, be a good one" (Abraham Lincoln)

Barisan pentadbir SMKSI

Add ImageDanyial Halim Zamani memimpin bacaan ikrar pelajar

Ikrar dilafaz dengan penuh semangat

Apa yang dikata tetap akan dikota

Bukan saat ini saja berikrar, istiqamah...
Ulang-ulang. Anda pasti sentiasa menyalakan obor untuk terus berusaha.

Secara semula jadi semua manusia itu sama, tetapi pelajaranlah
yang menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

Pn Nor Zakmar Nur Halim selaku pengacara majlis

Anak-anak, hayatilah teks ikrar yang dilafazkan. Usahakan ...
Untuk mendapat yang terbaik,
Apa sahaja yang dilakukan,
saya mesti lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin.

Align Left Untuk berjaya, saya mesti berubah.

Majlis dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) dan Unit Kurikulum SMKSI. Dilaksanakan pada hari Selasa, 29 Mac 2011, bermula pada pukul 4.20 petang hingga 6.40 petang. Majlis diserikan dengan kehadiran En Azlan Ibrahim, YDP PIBG SMKSI. Semoga majlis ini diberkati dan mendapat berkat.

13 April, 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2010



















Keputusan SPM 2010 telah diumumkan pada 23 Mac 2011/Rabu. Peratus lulus sebanyak 98.6% berbanding 97.3% pada SPM 2009. Seramai 27 orang calon cemerlang dalam SPM 2010. Calon terbaik keseluruhan ialah Kavien Raaj A/L Karpaiya, 10 A (9A+ 1A) . Tahniah kepada semua yang berjaya.