Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya dan keluarga pergi bercuti ke Pekan Pahang. Sepanjang perjalanan terdapat banyak papan tanda pusat-pusat pengajian tinggi. Antaranya ialah Universiti Malaysia Pahang, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kolej Kejururawatan Kuantan,Kolej Matrikulasi Pahang dan lain-lain lagi. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Teluk Cempedak. Imbas kembali waktu muda dulu, berkunjung ke pantai ini sambil melayan anak-anak mandi-manda di tepian pantai. Kini hanya menikmati keindahan panoramanya saja.
16 March, 2012
07 March, 2012
Majlis Pendaftaran Tingkatan Satu SMKSI 2012

Ucapan daripada Pn.Hjh.Zaiton Ismail (Pengetua SMKSI)
Taklimat HEM daripada En.Mohamad Daud Adan.
Taklimat PK Ko Kurikulum daripada Pn. Hjh.Zamnah Jiman.
Taklimat oleh Pn.Amrah Mohd.Daud (PK Sesi Petang).
Majlis berlangsung pada 30 Disember 2011/Jumaat. Aturcara majlis bermula pada pukul 8.00 pagi - 12.30 tengah hari. Antara pengisian termasuk pengagihan SPBT kepada semua pelajar tingkatan satu dan taklimat pengurusan sekolah kepada para ibubapa. Sambutan menggalakkan daripada pihak ibubapa. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.
02 March, 2012
Majlis Semarak Kasih Setulus Budi Pn Hjh Basinah Hj Taib
Subscribe to:
Posts (Atom)