10 January, 2010

STAR EDUCATION FAIR 2010

Assalammualaikum anak-anak,
arini jika ada kelapangan silalah ke Star Education Fair 2010 di KLCC. Lepasan SPM 2009, bolehlah mendapatkan banyak info untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk maklumat seterusnya, sila klik di sini


Education and Career Talks – Schedule
Kuala Lumpur Convention Centre – Conference Hall 2, Level 3

9th January 2010, Saturday
11.00am – 12.30pm Recession Proof Jobs
12.45pm – 2.45pm Exploring Option s in the ICT World
3.00pm – 4.30pm How to Approach SPM Physics & Additional Mathematics
4.45pm – 6.15pm Engineering

10th January 2010, Sunday
11.00am – 12.30pm Options after SPM
12.45pm – 2.15pm Funding Higher Education
2.30pm – 4.30pm Allied Health Science
4.45pm – 6.15pm Medicine & Dentistry
maklumat dari theStar.

03 January, 2010

Hadiah Tahun Baru


Pada awal tahun 2010 saya telah menerima satu kejutan daripada anak sulung saya. Beliau (Hamizah) telah menghadiahkan saya dua buah beg tangan. Suami pula menerima hadiah juga, sebuah beg duit (wallet). Anak saya ini mempunyai tabiat suka memberi hadiah kepada kami sekeluarga. Tabiat memberi hadiah ini amat tidak digemari oleh suami. Maklumlah budak yang masih belajar tidak sepatutnya berbelanja lebih-lebih. Apapun saya bersyukur dapat beg-beg tersebut, maklumlah beg-beg sedia adapun dan 'berusia.'

Esok mak melaramlah.





02 January, 2010

Hari Pengumuman Keputusan PMR 2009 SMKSI


Pada 24 Disember sekolah dibanjiri oleh pelajar PMR SMKSI 2009, juga ibubapa yang ingin berkongsi kejayaan anak-anak. Masing-masing menaruh harapan agar keputusan PMR akan menggembirakan mereka & keluarga, sekali gus mengharumkan nama sekolah. Hakikatnya 48 orang telah mendapat straight A. Tahniah kepada yang cemerlang. Bagi yang lainnya, jangan berputus asa. Cuba mantapkan lagi pencapaian dalam SPM akan datang. Setiap sesuatu yang terjadi pada diri seseorang itu ada hikmahnya. Untuk sesi 2010 ini, janganlah anggap tingkatan empat itu sebagai tahun berbulan madu, sebaliknya bersedialah seawal Januari lagi untuk merealisasikan kejayaan dalam SPM 2011. Cikgu pasti setiap usaha ada ganjarannya. ANDA BOLEH. "Kita adalah apa yang kita fikirkan"

Tetapkan matlamat anda bagi kejayaan akademik 2010. Rancang pengurusan masa yang berkesan & berkualiti. Laksanakan perancangan mengikut jadual yang disediakan. Istiqamah dan berdoalah secara berterusan. Semoga kejayaan semakin menghampiri anda.
Saujana Indah Mara Gemilang