24 May, 2011

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2011













Majlis telah diadakan pada 25 April 2011 (Isnin) waktu perhimpunan mingguan dan disambung pada Jumaat berikutnya. Kumpulan sasaran mentee kali ini terdiri daripada 50 pelajar yang terbaik tingkatan 1 dan 50 orang terbaik tingkatan 2 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Sejak saya menyelaras program ini di sesi petang, kumpulan sasarannya adalah seperti berikut:
2008 - Semua pelajar KRK dan KAA Tingkatan 1 & tingkatan 2.
2009 & 2010 - Semua pelajar sesi petang. (Penglibatan 100% guru sesi petang sebagai mentor.)
2011 - 50 pelajar terbaik tingkatan 1 & tingkatan 2 dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010.
Pemilihan kumpulan sasaran pada tahun ini sebagai penghargaan kepada para pelajar yang telah berusaha gigih dalam peperiksaan akhir 2010. Semoga mereka dapat mengekalkan prestasi ke tahap pencapaian akademik yang membanggakan secara berterusan. Terima kasih kepada Pn. Amrah Mohd Daud (GPK Sesi Petang) yang telah merasmikan majlis dan semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.


29 April, 2011

MERAIKAN GENAP UMUR ROHANA BERSAMA WARGA KAUNSELOR SMKSI







Dalam keadaan rutin harian, kami tidak berkesempatan untuk duduk makan bersama-sama seperti ini. Pada 21 April yang lalu, saya mengatur pertemuan agar kami dapat duduk semeja sempena hari jadi Rohana warga kaunselor SMKSI. Moga Rohana sejahtera dan bahgia di samping keluarga serta sukses dalam kerjaya. Peluang sebegini memberi kesempatan kepada kami untuk percambahan fikiran mengenai tugas dan isu-isu semasa yang berhubung-kait dengan kerjaya kami.

17 April, 2011

KELAS GANTI / SESI BIMBINGAN BELAJAR BERKUMPULAN

Seringkali GBKSM diberikan kelas ganti apabila terdapat guru-guru yang berkursus @ cuti sakit. Walaubagaimanapun guru-guru mata pelajaran tidak boleh mengganti tugas GBKSM yang tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Malah kadang-kadang kelas ganti yang diberikan terdiri daripada 2 @ 3 kelas yang digabungkan. Untuk memudahkan kerja, terpaksa rujuk sesi kelas ganti dahulu sebelum menyusun sesi kaunseling yang diperlukan oleh pelajar.

Berikut adalah sesi kelas ganti yang saya jalankan bersama sasaran pelajar Tingkatan 1 KRK 2 & Tingkatan 2 KAA2. Pengajaran & pembelajaran berpusatkan murid (student centered) ini dapat melatih kumpulan sasaran untuk menguasai kemahiran mencatat dengan menggunakan peta minda dan kemahiran bertutur ketika sesi pembentangan. Guru adalah sebagai pemudahcara sahaja.

Di akhir pengajaran, guru memberi rumusan terhadap isi-isi penting yang sepatutnya akan dijadikan bahan penulisan untuk dinilai. Cara ini diandaikan semua murid dapat menulis semula penulisan mengikut gaya bahasa sendiri. Namun di sini apa yang saya hendak fokuskan ialah kemahiran membuat peta minda dan pembentangan isi-isi berdasarkan topik sahaja.


k




















16 April, 2011

Makan Pecel Lele dan Ayam Penyek di Padang Jawa









Ini ialah salah satu port makan budak-budak UiTM di Padang Jawa. Bagi mereka keutamaan ialah murah, sedap, bersih dan dekat dengan kampus. Menu utama tempat ini ialah pecel lele dan ayam penyek. Dua Sabtu lepas saya dan suami telah makan tengah hari di port makan tersebut.

*port di sini bermaksud tempat.