Majlis pertunangan anak buah diadakan pada hari Ahad 25 Mac 2012. Dihadiri oleh sanak-saudara yang terdekat. Suami pula menjadi wakil pihak perempuan utk menerima kehadiran rombongan lelaki. Semoga diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
26 May, 2012
31 March, 2012
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Mesyuarat Agung PIBG SMKSI Kali Ke 11
Anak-anak SMKSI yang merupakan penerima
Anugerah Kecemerlangan Akademik
Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Tarmizi Che Hasan
Barisan Penerima Anugerah Kecemerlangan SPM 2011
Ucapan Alu-aluan oleh Pengetua SMKSI
Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat
Pelancaran Laman Web SMKSI.net
Persembahan Koir
Tahniah
Mesyuarat Agung PIBG
Tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha gigih dan menerima hadiah kecemerlangan akademik kali ini. Terima kasih atas kerjasama anda terutama yang datang dari jauh semata-mata untuk meraikan majlis ini. Begitu juga terima kasih kepada ibubapa yang hadir untuk sama-sama memberikan sokongan kepada sekolah. Namun kehadiran pihak ibubapa dalam mesyuarat tidak memberangsangkan langsung. Peratus kehadiran lebih kepada wakil guru.
30 March, 2012
Jalan-jalan Melaka
Melaka Bandaraya Bersejarah juga dikenali Bandar Hijau. Ia merupakan tempat tarikan para pelancung dalam & luar negara. Salah satu lokasi yang boleh dikunjungi ialah Muzium Ethnografi & Muzium Sejarah. Di sini pengunjung dapat mengetahui budaya & cara hidup penduduk Melaka. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, akan memantapkan lagi pemahaman terhadap subjek sejarah yang berkaitan dengannya. Melaka juga terkenal dengan perusahaan belacan dan cencaluk.
Melaka bukanlah bandar yang asing bagi cikgu sebab cikgu pernah menuntut di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka selama setahun.
16 March, 2012
Percutian Di Pahang Darul Makmur
Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya dan keluarga pergi bercuti ke Pekan Pahang. Sepanjang perjalanan terdapat banyak papan tanda pusat-pusat pengajian tinggi. Antaranya ialah Universiti Malaysia Pahang, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kolej Kejururawatan Kuantan,Kolej Matrikulasi Pahang dan lain-lain lagi. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Teluk Cempedak. Imbas kembali waktu muda dulu, berkunjung ke pantai ini sambil melayan anak-anak mandi-manda di tepian pantai. Kini hanya menikmati keindahan panoramanya saja.
Subscribe to:
Posts (Atom)