19 March, 2009

Ke mana selepas SPM?


STPM, matrikulasi dan foundation adalah langkah pertama untuk menjejak kaki ke menara gading.

Ada juga yang akan membuat diploma dan jika mendapat kelulusan baik boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah.

Biasanya IPTA dan IPTS ada menawarkan pengajian diploma dalam pelbagai bidang.

Bagi mereka yang tidak mempunyai syarat-syarat untuk membuat diploma bolehlah mengikuti kursus diperingkat sijil.

Berikut adalah contoh institusi-institusi yang menawarkan program peringkat sijil:
Bagi mereka yang hendak terus ke pasaran pekerjaan bolehlah mendaftar dengan mana-mana ajensi pekerjaan. Membaca ruangan iklan akhbar-akhbar tempatan. Bertanya atau melalui jaringan kawan-kawan, saudara mara, persatuan, masjid dan lain-lain. Portal SPA ialah satu tempat di mana kita boleh mendaftar secara online untuk memohon pekerjaan dengan kerajaan.

Dalam menjalani kehidupan ini tidak semua yang kita impikan boleh tercapai dengan mudah. Halangan dan rintangan adalah sesuatu yang kita akan lalui. Cabaran adalah cara Allah menduga kesabaran dan keimanan kita. Allah menduga kamu setahap mana yg termampu oleh mu, insyaAllah... Laluilah segala cabaran tersebut dengan redha, sabar dan penuh keimanan.

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita



No comments: