24 July, 2012

PERTANDINGAN KENALILAH GURU ANDA


Tugasan yang perlu dilengkapkan oleh semua pelajar sesi petang
untuk membuktikan yang mereka mengenali barisan pentadbir
& setiap guru yang mengajar di sekolah.

Dalam masa seminggu, borang jawapan hendaklah
dikembalikan kepada UBK untuk diadili.

Hadiah untuk para pemenang. Tahniah di atas
kesungguhan & keprihatinan anda

En. Shamsuddin Jusoh, PK Kurikulum turut
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pertandingan "Kenalilah Guru Anda" merupakan aktiviti sampingan Program Pemantapan Sahsiah Terpuji Sesi Petang. Guru seperti ibubapa di rumah, sentiasa memberi bimbingan, dorongan & sokongan kepada semua pelajar tanpa berbelah-bahagi. Pelajar dipupuk dengan nilai-nilai murni agar menjadi manusia yang bersahsiah terpuji. Harapan guru supaya para pelajar sentiasa bersedia dari segi fizikal & mental untuk menimba ilmu. Pelajar juga diharapkan dapat mengawal emosi supaya disenangi oleh guru & kawan-kawan. Moga pelajar SMKSI dapat menjadi warganegara yang dibanggakan. Oleh itu sewajarnyalah setiap pelajar mengenali guru di sekolah. Sayangi & hormatilah guru anda. Samalah seperti anda menyayangi & menghormati kedua ibubapa anda di rumah.Moga apa yang diajarkan oleh guru mendapat berkat.

No comments: