Pembentukan sahsiah terpuji ini bukan berakhir setelah tamatnya program ini. Diharapkan program dapat merangsang para pelajar mengamalkan nilai-nilai murni secara berterusan. Bimbingan ibubapa di rumah, faktur persekitaran dan peranan sekolah dapat membentuk pelajar yang mempunyai jati diri dan hala tuju yang jelas. Semoga para pelajar menjadi modal insan yang membanggakan ibubapa, sekolah dan negara. Amin.
Buku Aturcara majlis.
Tentatif program.
Bahagian belakang hadiah, pensel mekanikal & refill.
Bahagian hadapan hadiah, ballpen jenama faber castell.
Hadiah-hadiah acara kuiz spontan.
Setiap hari 5 pemenang kuiz spontan akan menerima hadiah.
Pn. Haniffah Mohd. Yusoff meuar-uarkan kepada kumpulan sasaran
mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Program bermula
dengan kuiz spontan daripada UBK di perhimpunan awal sekolah .
Kemahiran mendengar & kemahiran bertutur
penting bagi menjawab soalan kuiz spontan.
Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif,
bukan sekadar menjadi pemerhati saja.
Tahniah kpd yg berjaya.
Cenderamata kpd penceramah yang turut menjayakan program.
Ceramah bimbingan Pemantapan Sahsiah Terpuji
Menjana Generasi Terbilang oleh Tn. Syed Zainon Syed Abu Hassan
di Dataran Gemilang SMKSI
Ceramah bimbingan Pemantapan Sahsiah Terpuji
oleh Ustaz Mohd. Shukri Ismail dari SMAP, Kajang.
Lokasi ceramah di Bilik Saujana Harmoni SMKSI
Dadah musuh nombor satu negara.
Penuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Ingat pesan ibu bapa & guru. Sayangi diri anda.
Terima kasih daun keladi.
No comments:
Post a Comment