07 January, 2009

Perhimpunan Pertama Tingkatan Satu 2009


Semua baru hari baru

Baru sampai dan tercari-cari di mana kelas

Tekun mendengar taklimat

Puan Wan Hasliza berkongsi maklumat

Perhimpunan pertama di Dataran Gemilang

31 December, 2008

Muka-Muka Kejayaan - PMR 2008

Keputusan PMR diumumkan pagi tadi, tetapi disebabkan mesyuarat HEM berlangsung pada waktu yang sama, hampir tengah hari baru saya berkesempatan berjumpa murid-murid sasaran .

Bakal-bakal pemimpin tersengih gembira

Cikgu Low Ah Yoke bertugas di salah satu kaunter pengambilan
keputusan PMR 2008

Seorang ibu dan anaknya, Lisa dan saya

23 December, 2008

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2009

Rasa macam baru sangat cuti. Seronok betul rasanya jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi apa nak buat bak kata orang setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya. Pejam celik pejam celik 2009 semakin hampir. Cuti cuti juga, perancangan aktiviti 2009 jangan lupa. Jangan sampai 'bos' (pengetua) hantar memo... mana perancangan? bahaya!

Harini semua guru hadir ke sekolah untuk mesyuarat guru kali pertama sesi 2009.

Gambar-gambar yang sempat saya rakam.

Pengetua SMKSI Puan Hjh Basinah Hj Taib sedang menyampaikan taklimat.

Para guru sedang tekun mendengar taklimat pengetua..
macam murid sedang belajar di dalam kelaskan ;)

Ragam guru-guru lelaki apabila menyedari saya mengambil gambar mereka.

18 December, 2008

Apakah (itu) Kaunseling?

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat. Dalam proses menolong, seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya, kebolehan, kemampuan dan keupayaannya. Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.

(Petikan di ambil dari tulisan Aminah Hj Hashim , Rusnani Abd Kadir & Nordin Kardi ... UPM )