02 April, 2009

MAKE MALAYSIA PROUD BY BRINGING HOME THE GLORY



Jurulatih trek kebangsaan John Beasley tidak boleh dipisahkan daripada cerita kejayaan Azizul Awang, Josiah Ng dan Rizal Tisin.

Begitu juga guru-guru anda, mereka adalah sebahagian daripada cerita kejayaan anda nanti.



Azizul Hasni Awang
(gambar thestar.com.my/sports)






















Josiah Ng
(gambar josiahng.wordpress.com)

Rizal Tisin
(gambar thestar.com.my/sports)









Rizal Tisin
(gambar dunguncyclingteam.blogspot.com)









Tak kiralah samada anda seorang anak sekolah yang sedang memburu cita-cita, seorang pembimbing rakan sebaya yang sedang digilap untuk menjadi pemimpin, seorang wira yang sentiasa sedia berjuang demi negara 24/7... atau seorang ahli sukan bertaraf dunia.... anda semua tentu dapat menghayati falasafah hidup adalah perjuangan...

baca lagi di sini, sini, sini dan juga sini



25 March, 2009

TABAH BERUSAHA

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan

Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak ke mana

Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
(Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella)




(kerana) hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti
usah kau menangisi hari kemarin

19 March, 2009

Ke mana selepas SPM?


STPM, matrikulasi dan foundation adalah langkah pertama untuk menjejak kaki ke menara gading.

Ada juga yang akan membuat diploma dan jika mendapat kelulusan baik boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah.

Biasanya IPTA dan IPTS ada menawarkan pengajian diploma dalam pelbagai bidang.

Bagi mereka yang tidak mempunyai syarat-syarat untuk membuat diploma bolehlah mengikuti kursus diperingkat sijil.

Berikut adalah contoh institusi-institusi yang menawarkan program peringkat sijil:
Bagi mereka yang hendak terus ke pasaran pekerjaan bolehlah mendaftar dengan mana-mana ajensi pekerjaan. Membaca ruangan iklan akhbar-akhbar tempatan. Bertanya atau melalui jaringan kawan-kawan, saudara mara, persatuan, masjid dan lain-lain. Portal SPA ialah satu tempat di mana kita boleh mendaftar secara online untuk memohon pekerjaan dengan kerajaan.

Dalam menjalani kehidupan ini tidak semua yang kita impikan boleh tercapai dengan mudah. Halangan dan rintangan adalah sesuatu yang kita akan lalui. Cabaran adalah cara Allah menduga kesabaran dan keimanan kita. Allah menduga kamu setahap mana yg termampu oleh mu, insyaAllah... Laluilah segala cabaran tersebut dengan redha, sabar dan penuh keimanan.

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita



16 March, 2009



Cikgu Tujukan Lagu Ini Kepada Semua Pelajar dan Bekas Pelajar SMKSI

SMKSI ~GEMURUH~

Ungkapan ini (SMKSI ~GEMURUH~) bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa