21 June, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Pada pagi Ahad tu, macam biasalah sediakan breakfast. Lihat dulu apa bahan mentah yang ada di dapur untuk dijadikan breakfast. Selalunya roti gardenia dan roti nan tu boleh dikatakan sentiasa ada. Teringat hari tu, Hari Bapa,* elok juga sediakan apa-apa juadah berdasarkan stok yang ada. Bagi suami pula kebanyakan makanan semuanya dia tidak boleh makan sebab ada gout. Kini suami perlu disiplinkan diri untuk makan supaya gout tidak berbalik. Walaubagaimanapun, harap suami makan berpada-padalah. Biasanya kalau masak mi, spageti @ nasi goreng, kena buat dalam dua versi. Satu yang sesuai untuk orang gout dan yang satu lagi yang boleh dimakan oleh saya dan anak-anak.

Namun pada hari tersebut terpaksa menanti anak-anak balik dulu. Kak long di Kampung Baru, baru selesai Program Anak Angkat di Jerlun. Angah pula ada urusan dengan kawan-kawan di UITM Shah Alam. Yang ada di rumah cuma anak bongsu sebab cuti semester. Jadi kenalah celebrate lewat sedikit.

Kebetulan ada jagung dan buah cempedak dalam peti sejuk.
Saya buat keputusan untuk masak kek belang, rebus jagung dan goreng cempedak. Sebenarnya tiada perancangan pun. Hanya biasanya bila ada kelapangan masa tu buat je. Jadi itulah seadanya makanan yang disediakan untuk hidangan hari bapa. Alhamdulillah.

Nota: anak-anak klik perkataan bertanda *


Sempena Hari Bapa*, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa di Malaysia. Semoga dapat menjadi role model yang terbaik kepada keluarga dan anak-anak. Dapat mewujudkan suasana kekeluargaan yang diberkati dan diredhai dunia akhirat.

Kepada suami tersayang, you are my best companian.
Terima kasih untuk segalanya.

No comments: