22 June, 2009
Cuti Sekolah Minggu Kedua
11 Jun baru boleh sebab pada 10 Jun anak bongsu baru habis final exam di kolejnya. Jadi petang itu juga dia kena balik. Maaflah, belum sempat nak rehatkan diri selepas exam, terpaksa pula ikut trip ke Ipoh. sebelum jam 7 pagi kami perlu bertolak ke KL Central.* Jam 9 pagi train* akan bertolak ke Ipoh.Kami breakfast di KL Central dan makan tengah hari pula di Restoren Tasek Raban. Biasanya bukan mudah untuk kami dapat bercuti bersama sebab anak-anak terikat dengan jadual IPT masing-masing.Biasanya anak-anak memang ada appoinment cuti yang ditaja oleh universiti masing-masing, juga rancangan sendiri. Namun di akhir cuti persekolahan, baru dapat bercuti bersama-sama.
Syukurlah dapat juga kami menjamu selera di restoren yang telah di google di internet. Not bad juga, masakan ala kampung, ikan segar sungai. Terima kasih kepada suami dan anak-anak. Lain kali jangan bersusah -payah. Memadailah kita berkumpul di rumah sahaja.
Sepanjang perjalanan antara KL dan Ipoh, saya dapati bayaran tambang bas di KL lebih rendah daripada di Ipoh. Suasana bas Kajang ke KL pula lebih selesa daripada bas di Ipoh. Walaubagaimanapun terima kasih kepada pemandu bas yang memberi layanan baik kepada kami sekeluarga.
Nota: anak-anak klik perkataan bertanda *
21 June, 2009
SELAMAT HARI BAPA
Namun pada hari tersebut terpaksa menanti anak-anak balik dulu. Kak long di Kampung Baru, baru selesai Program Anak Angkat di Jerlun. Angah pula ada urusan dengan kawan-kawan di UITM Shah Alam. Yang ada di rumah cuma anak bongsu sebab cuti semester. Jadi kenalah celebrate lewat sedikit.
Kebetulan ada jagung dan buah cempedak dalam peti sejuk.
Saya buat keputusan untuk masak kek belang, rebus jagung dan goreng cempedak. Sebenarnya tiada perancangan pun. Hanya biasanya bila ada kelapangan masa tu buat je. Jadi itulah seadanya makanan yang disediakan untuk hidangan hari bapa. Alhamdulillah.
Nota: anak-anak klik perkataan bertanda *
Kepada suami tersayang, you are my best companian.
Terima kasih untuk segalanya.
10 June, 2009
NOTA PENDEK : Cuti Sekolah Minggu Pertama
Pada hari Ahad 31 Mei , jam 12.35 tengah hari, selesai program di sekolah, saya bergegas pulang ke rumah untuk menghadiri dua majlis perkahwinan. Saya ditemani oleh anak bujang kerana suami kena gout.
Esoknya 1 Jun saya pergi jumpa doktor kerana tidak sihat.
Selasa 2 Jun ke sekolah atas tugas & tanggungjawab.
Pada hari Rabu 3 Jun saya ke Maxis Center, Cheras untuk port out daripada Celcom ke Maxis. Dah lama dah nak buat tapi macam biasalah ada je perkara lain yang kena didulukan. Kadar Maxis youth club* nyaman sikit... at 12 sen seminit intra telco. Kira murah banyaklah tu.
Pada Khamis 4 Jun, saya sekeluarga dikejutkan dengan pemergian bapa saudara yang disayangi, Haji Adnan Haji Asmawi . Sebelum ini memang terbayang di wajah beliau yang semakin hari semakin uzur. Namun setiap kali berkunjung ke rumahnya, beliau kelihatan tenang. Di saat-saat akhir, kami elakkan untuk berkomunikasi dengan beliau, supaya dia dapat banyak rehat. Walaubagaimanapun sempat juga dua kali anak sulung saya menemani datuknya membuat kemoterapi* di HKL. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di HKL. Berikutnya tiga malam berturut-turut telah diadakan tahlil arwah di rumah Allahyarham di Sungai Kantan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah. Amin.
Pada hari Jumaat 5 Jun, Jam 8.15 pagi saya membawa suami ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan.
Pada hari Sabtu 6 Jun, ke hospital Kajang , mengambil ubat untuk diri sendiri di bahagian farmasi.
Pada Ahad 7 Jun, berlaku satu suprise. Anak-anak buat sambutan ulang tahun saya. Siap ada kek birthday pulak tu! Anak-anak beli kek tersebut di Secret Recipe.* Rupa-rupanya mereka tiga beradik telah merancang buat kejutan tersebut. Surprise sebenarnya ialah kepulangan anak bongsu saya dari KMS semata-mata untuk meraikan hari jadi saya. Dia telah memaklumkan kepada saya yang dia tidak balik ke rumah kerana examination week. Kali terakhir dia pulang ialah pada hari pemergian datuknya. Begitulah ragam anak-anak. Lain kali tak perlu surprise surprise. Hadiah yang tak ternilai bagi emak; "Jadilah seorang anak yang berguna kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara." Amin.
Nota: anak-anak klik perkataan bertanda *
09 June, 2009
PROGRAM MENTOR MENTEE TINGKATAN 1 & TINGKATAN 2
Pelancaran program telah diadakan pada 4 Mei 2009. Sasaran melibatkan secara keseluruhan murid dan guru. Berbeza daripada tahun lalu, sasaran program hanya melibatkan murid murid KRK & KAA sahaja. Tahun ini semua murid diberi peluang yang sama. Nampaknya tidak seorang pun murid yang dipinggirkan. Mudah-mudahan semua murid mendapat manfaat bagi peningkatan prestasi masing-masing. Objektif utama adalah seperti berikut:
- membantu dan membimbing -murid mengesan potensi dan menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
- memantau perkembangan pelajaran mentee dari semasa ke semasa agar mencapai sasaran yang ditetapkan.
- mewujudkan perhubungan yang mesra antara mentor & mentee, seterusnya memudahkan mentor membantu menyelesaikan masalah mentee khususnya yang berkaitan dengan pelajaran
Peringatan kepada murid-murid:
Cikgu harap semua akan melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan program ini. Apa yang para guru anda semua lakukan tidak harus dipersia-siakan. Mereka secara sukarela meluangkan masa dan tenaga membimbing anda supaya menjadi murid yang cemerlang. Hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti. Harus diingat, kita akan tuai apa yang kita tanam.